Aku bersaksi marsum ini bukan sekadar mengisi kosong ilusi. Ayuh bersama-samaku! Kita reguk cinta Ilahi. Kita telusuri agama suci.
Wednesday, June 10, 2009
Generasi Buku,,,(ayuh bina bersama!)
Oleh Tuah Sujana
Rumput tinggi lalang memanjang,
Dikerat orang di tengah taman;
Kita dagang teruskan berdagang,
Ilmu ditumpang buat pedoman.
Generasi buku merupakan suatu kelompok yang kerap diuar-uarkan sejak akhir-akhir ini. Kita pun tahu inilah satu-satunya benteng yang boleh dipertaruhkan untuk meninggikan kedudukan masyarakat. Alau boleh diumpamakan golongan ini seperti tentera yang menjadi pertahanan negara. Bezanya, tentera itu berada dalam konteks logistik dan ketahanan fizikal.
Hal ini sangat diharap-harapkan dalam situasi sekarang. Masih banyak soal-soal yang berlegar tanpa jawapan. Masih banyak perkara yang belum dilaksanakan. Penyelesaiannya? Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan kegentingan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja?
Elok kita pecahkan situasi ini kepada tiga keadaan. Semuanya kait-mengait antara satu sama lain. Pertama, rasional kewujudan generasi buku. Kedua, faktor mengapa masyarakat mengatakan “tidak” untuk misi ini. Dan ketiga, masalah yang timbul jika dapat dilaksanakan serta jalan penyelesaian.
APA RASIONALNYA GENERASI BUKU?
Rakan-rakan saya, guru, pengetua, profesor, malah tukang kebun dan mak cik kantin sekalipun tidak dapat tidak pasti akan berdamping dengan buku dalam cara apa sekalipun. Saya rangkumkan ini dalam institusi pendidikan. Sama sahaja seperti institusi lain, tetapi molek jika kita kembali kepada skop pendidikan kerana di sini ada rebung untuk dilentur.
Setiap dasar atau langkah yang dibuat perlu diteliti sebelum dilaksanakan kerana dengan serta-merta sahaja hal itu boleh mengubah budaya. Mungkin ke arah yang lebih baik, tetapi boleh sahaja menjadi semakin negatif.
Dan apabila bercakap soal buku, gandingannya ialah ilmu. Dan gandingan ilmu tetap satu iaitu amal.
Keunggulan ilmu merupakan hujah yang sangat dominan untuk diketengahkan oleh semua pihak dalam usaha memperkasa generasi rabbani seterusnya memacu kegemilangan ummah. Proses ketamadunan melibatkan banyak perkara signifikan termasuklah melangkaui sempadan pengetahuan yang masih berada di takuk lama. Bangsa Romawi terkenal dengan sistem perundangan, bangsa Yunani cukup dikagumi kerana kepelbagaian teori falsafah, dan sejarah turut mencatatkan negara Iraq sebagai gedung ilmu dunia beberapa abad lalu kerana memiliki karya-karya agung yang mencakupi semua disiplin ilmu.
Ini boleh dijadikan rasional, misi, atau visi betapa perlunya Malaysia mewujudkan generasi buku ini terutamanya para remaja yang semakin tidak munasabah gayanya dewasa ini. Ada yang membawa motosikal semacam jongkang-jongkit. Lebih teruk macam lembu kenyang berjalan.
KONSEP SENIOR-JUNIOR & MENTOR-MENTEE
Salah siapa sebenarnya? Nak salahkan diri sendiri? Itulah yang biasa sangat kita dengar. Mengapa salahkan diri sendiri sedangkan kita tak tahu? Maka di sini timbul pula soal “memandu”. Satu panduan perlu dilengkapkan segera. Kalau di sekolah berasrama penuh, ada istilah senior-junior. Inilah yang kita mahukan.
Yang sudah tahu selok-belok dunia buku boleh memandu adik-adik kecil yang masih belum mengerti apa itu buku. Atau sudah tahu tapi masih tercari-cari bahan yang sesuai. Konsep ini sebenarnya sudah lama bertapak dalam dunia Islam. Sejak penurunan al-Quran 1400 tahun lampau. Ada seorang tokoh dalam bidang ini. Namanya Luqmanul Hakim.
Fikirlah dalam tempoh terdekat ini. Bagi saya pula, secara peribadi lebih menggemari konsep senior-junior atau mentor-mentee dalam dunia perbukuan. Jawab peperiksaan pun senang kalau dah ada orang yang bimbing. Tak begitu?
Pada hari ini, umat Islam begitu mudah untuk ditindas juga dimonopoli sesuka hati oleh kaum kuffar. Sumber alam dan sumber manusia nyata telah dieksploitasi sewenang-wenangnya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang tidak relevan malah dangkal sama sekali. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini, secara harfiah, kerana ketiadaan generasi pelapis yang iltizam dengan pegangan syariah. Kepentingan holistik diabaikan sedang budaya hedonisme dipantakkan melalui pelbagai saluran. Hal inilah yang memerlukan penguasaan ilmu, apatah lagi penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi dengan sebaik-baik kejadian.
Kalaulah dapat direka jam penggerak masa, antara yang saya mahu saksikan ialah kehidupan generasi pada tahun-tahun kemudian. Apa terjadi 10 tahun lagi misalnya. Macam mana budayanya. Saya tak dapat bayangkan kalau sudah jalan raya pada masa itu pun macam balapan kejar-mengejar, pemandunya pula kanak-kanak 5 tahun berambut merah-kuning-hijau. Huh, apa nak jadi?
SENARAI MASALAH & PENYELESAIANNYA : SATU DIALOG
(Si Anu dan Si Anu)
Kalau kecanduan buku macam mana?
Candu? Haha itukan bagus. Haram ke kalau dah mabuk buku? Ini semangat biblio. Kau tak baca buku-buku Pak Shaharom TM? Baca jangan tak baca. Banyak sangat istilah-istilah. Cumanya engkau telan saja. Hadam baik-baik.
Kalau generasi buku ini akan wujudkan puak macam mana? Tak ke jadi Arab Badwi?
Haha lagi kritis engkau. Memang aku pun fikir ini masalah sekarang. Kalau wujud satu organisasi akan ada persaingan bodoh. Rumah kau ada internet kan? Dan kau pun minat sangat berjalan. Eloklah. Mari aku cakap cara yang cun dan kelas profesional. Wujudkan 2 perbincangan secara 2 hala. Online dan offline serentak. Baru nampak budaya sihat. Tak gitu?
Tak ke sampai budak-budak tinggalkan buku teks sebab tergilakan buku-buku ilmiah? Ha, bahaya tu!
Jawapan : Apa pulaknya? Ini soal biasa tapi penting. Pertama individu itu kenalah tahu jalan yang nak dilalui. Kedua pihak berwajib. Serapkan saja dasar ke sekolah-sekolah untuk perbincangan buku-buku. Taklah engkau tu makan buku teks, tidur buku teks, mandi buku teks.
Yang terima anugerah NILAM itu generasi bukulah?
Isy ... itu sebabnya kau tak faham. Apa NILAM? Buat apa aktiviti itu? Macam resensikan? Anugerah tu kira macam mana? Berdasarkan jumlah buku yang dibaca. Salah tu. Yang sepatutnya lebihkan anugerah kepada sumber yang dibaca. Atau cara pembacaan paling menarik ke. Kita mesti tukar ni. Taklah orang yang baca akhbar nyamuk pun boleh menang. Tak adil tak adil.
Kalau geneasi buku tu gila sangat pada buku sampai tinggalkan ibadah macam mana? Tak ke kau yang nak bikin konsep ni tanggung dosa?
Ha, itulah yang aku sebutkan. Yang penting sekarang bukan bilangan tapi apa yang dibaca. Kalau dah betul bahan yang dipilih, betullah gaya hidup. Semua buku yang betul ialah buku yang berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama, dan kias. Hah, jadinya apa nak timbul-timbul alasan tidak mahu beribadah sebab gila buku?
Bila mahu mulakan generasi ini?
Sekarang. Selewat-lewatnya pun dalam dua tiga tahun ini. Kalau sudah selepas itu, kita sudah dikira terlambat.
Hendak mulakan bagaimana?
Semua kena mainkan peranan. Mula-mula ubah sikap dahulu. Biar mesra dengan buku. Anggap buku sebagai teman terbaik.
MARI BINA KESIMPULAN
Kalau hendak disenaraikan memang banyak. Banyak lagi sub-sub yang boleh dikategorikan di bawah satu topik iaitu Generasi Buku ini. Apa pun, rasanya tak guna berteori sahaja. Lebih baik cenderung kepada pembinaan amali itu sendiri.
Rasanya boleh tak GB (generasi buku) ini diwujudkan di Malaysia?
Boleh tak?
Kita dah daki Everest. Kita dah pergi Antartika. Dah harungi Selat Inggeris. Dah belayar solo. Dan buat macam-macam. Macam-macam ada. Takkan nak wujud GB tak boleh?
Kawan-kawan, jangan asyik tak kisah saja. Kali ini mesti kisah.
Wednesday, June 3, 2009
Setitis Perkongsian, buat insan yang menulis.
Petikan daripada Majalah Tunas Cipta Jun 2009 - Ulasan cerpen Kalimah Cinta karya Thoyba Mursyidah oleh Siti Hajar Che Man. (m/s 41)Kisah yang dipaparkan menerusi cerpen “Kalimah Cinta” oleh Thoyba Mursyidah mengingatkan saya kepada Sultan Ibrahim Ibn Adham seperti yang sering digunakan oleh penceramah agama apabila mereka ingin menekankan konsep ikhlas dan kebersihan hati. Kisah Sultan Ibrahim dalam Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham disunting oleh Russel Jones mengisahkan Sultan Ibrahin yang termakan buah delima dijumpainya di sebatang sungai tanpa mengetahui siapakah empunya buah tersebut. Dirundung rasa bersalah, baginda menyusuri sungai sehingga sampai ke rumah Syarif Hassan seorang yang sangat alim dan dianugerahkan Allah alim tasawuf juga ayah kepada Siti Saleha. Demikian juga unsur ini dipaparkan dalam cerpen “Kalimah Cinta”.
Namun cerpen ini digubah dengan menyesuaikannya dengan wajah setempat. Thoyba telah menggunakan teknik fasa yang membolehkan setiap fasa itu bersifat cerita berbingkai dan ada ketikanya boleh berdiri dengan sendiri walaupun masih terikat dengan fasa awal. Dengan teknik fasa inilah, Thoyba boleh berimaginasi kisah misteri, juga mimpi yang berlaku pada watak Nazri.
Cerpen ini digembleng dengan 6 fasa. Fasa 1 mengisahkan paparan dunia nyata di mana Nazri, Ifwat dan Athirah isterinya dalam perjalanan ke Perlis. Fasa 2, di alam mimpi di mana Nazri berada di satu kawasan lapang tetapi dirinya dililit akar-akar pokok yang menghijau. Fasa 3, Nazri berada di antara dunia sedar dan di bawah sedar, dia sedar tentang mimpi dan kembali mencari kawasan yang disinggahinya dalam mimpi. Fasa 4. Nazri berada dalam alam nyata (alam syahadah) atau alam al-insan bersama Athirah dan anak yang baru dilahirkan, Ummu Fatimah. Fasa 5, Nazri berada dalam alam jabarut dan fasa 6. Nazri di alam mutmainah.
Pada hemat saya, cerpen ini adalah sebuah cerpen yang bersifat kerohanian berkisar tentang pembersihan dan penyucian hati atau apa sahaja yang disebut sebagai tazkiyah al-nafs. Justeru, unsur latar yang digunakan oleh Thoyba Mursyidah lebih merujuk kepada persoalan dalam diri. Hal ini jelas diungkapkan oleh Imam Ghazali bahawa dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, jika daging itu bersih maka bersihlah seluruh diri, dan jika daging itu busuk maka busuklah seluruh diri itu. Daging itu ialah HATI. oleh itu persoalan hati ini bersabit dengan ikhlas dan kejujuran.
Faktor inilah yang menjana watak Nazri sekaligus membina konflik. Adakah kerana sebiji rambutan yang dimakan tanpa mengetahui tuannya itu, dia perlu memenuhi syarat yang dikenakan oleh nenek. Hal ini mengingatkan saya kepada syarat yang pernah dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Syah! Bahkan demi untuk menyucikan ‘hatinya’, Nazri perlu mengorbankan harta, keluarga, pangkat dan tinggal bersama nenek selama 50 tahun! Itu satu jangka masa yang lama dan mustahil untuk dilakukan.
Oleh itu Nazri berada di dua persimpangan yang sangat kuat mempengaruhi hidupnya. Nazri terjebak antara nikmat dunia yang sementara berbanding dengan nikmat kelazatan di akhirat. Itulah sebabnya penyucian hati turut terikat dengan judul cerpen ini iaitu Kalimah Cinta. Nazri terjebak dalam dua cinta iaitu cinta lahiriah dan cinta batiniah. Proses untuk membina kalimah cinta bukanlah mudah. Sering kali cinta di tahap alam syahadah menghantui diri. Walhal nikmat dunia hanya bersifat sementara malah bersifat pinjam-pinjaman, tidak kekal. Sifat dan ciri-ciri ketaqwaan dan tawakal kepada Allah SWT mudah disebut tetapi selagi manusia tidak diuji seseorang itu belum tahu sejauh mana kekuatan imannya. Justeru hati dan cinta itu perlu dibasahi, disirami dan dibajai dengan sifat-sifat qanaah. Redha, berlapang dada, bersangka baik, dan tidak berputus asa dengan rezekiNya.
Inilah tahap-tahap kerohanian atau perjalanan kerohanian yang dilalui oleh Nazri. Tahap perjalanan inilah yang diperlihatkan dan cuba disedarkan oleh Thoyba Mursyidah kepada pembaca. Mesej tersirat yang boleh dirungkaikan ialah dalam menjalani kehidupan seharian, manusia sebenarnya menjalani dua kehidupan dalam satu masa iaitu kehidupan di dunia lahiriah sebagai kehidupan biasa dan kehidupan batiniah sebagai luar biasa. Tapi manusia jarang-jarang menyedari, menilai atau bermusahabah dengan kehidupan yang ditempuh. Saya harap, sekiranya Thoyba memilih idea-idea dan ilham kesufian sebagai elemen penceritaan di masa depan, perlulah rajin membaca karya-karya kesufian antaranya karya Rabia-ul-Adawiyah, Fariduddin Attar, Hamzah Fansuri, puisi-puisi Jami, puisi Jamaluddin Rum dan seumpamanya. Hakikatnya menerusi karya-karya mereka, kehidupan manusia dipersembahkan dengan adunan unsur-unsur alam.
…………..Tetapi Tie Camar dan Thoyba Mursyidah bermula dengan kisah biasa dan kemudian dikembangkan menjadi menjadi kisah kuar biasa yang membanggakan. Kedua-dua memberi ruang kepada pembaca untuk merenung, berfikir, meneka-neka dan membuat kesimpulan tertentu. Oleh itu cerpen ini turut berfungsi sebagai satu seni interpretasi dan komunikasi.
~gambar hiasan~
Tuesday, June 2, 2009
Bingkisan penghujung semestar 2
.jpg)
The Merchant of Venice telah 'selamat' dipentaskan di Dewan Agong pada 28 mei 2009 usai menempuh pelbagai cabarab, halangan, duri dan seangkatan dengannya. Beberapa kali hubungan persahabatan retak, langkag-langkah kami tersadung, dan air mata meladung. Alhamdulillah, MOV sudah selesai. Alhamdulillah
.jpg)
Pagi 29 mei, saya berangkat ke Langkawi. Kursus kepimpinan JPP Utara menanti. Alhamdulillah, JPP dari 5 buah IPGM zon Utara bersepakat dalam segala hal. Exco saya sendiri, iaitu Exco Penerbitan juga turut mencapai kata sepakat untuk menubuhkan jawantankuasa baru bagi zon utara. Malam terakhir di sana, semua exco penerbitan berkumpul dan 'berjaga' untuk menghasilkan penerbitan yang pertama. (sayangnya, saya terlena, haha)
.jpg)
Tuesday, May 26, 2009
Sunday, May 24, 2009
Sepetang menghirup manisan ilmu- Ustaz Hasrizal Jamil
Pada hemat saya, Ustaz Hasrizal suka bermain dengan bahasa. Saya ingat lagi pada slide yang pertama tertulis, Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.
Maksudnya, segala permasalahan ataupun kemusykilan yang bermain dalam pemikiran generasi Y perlu diakhiri dengan hikmah. Kenapa agaknya generasi Y ini penuh dengan sifat ingin tahu? Kerana mereka tidak pernah merasa kepayahan dan kesusahan. Generasi-generasi sebelum ini tidak pernah mempersoalkan apa-apa undang-undang atau hukum kerana maklum akan sejarah yang ditempuhi. Tetapi generasi Y ini, iklimnya sidah disaluti kesenangan dan keseronokan.
Di sini kita lihat peri pentingnya ilmu yang berstruktur. Segalanya perlu ada akar umbi, asasnya, bagaimana hendak memperkukuhkan tapak ilmu agar terus utuh dan tidak mudah terpesong haluannya.
.jpg)
.jpg)
Kita berteladan dengan bicara Buya Hamka bagaiman beliau mengukur tahap akal manusia.
Begitulah juga dengan alam-alam tersebut.
Friday, May 22, 2009
Secebis perkongsian




Ini saya mahu kongsikan untuk kalian. Mural ini kerapkali saya ulang tatap saat sedih dan gembira. Indah bukan lakaran pelukisnya? Saya sukainya. Lukisan sempurna di mata saya.
Tuesday, May 12, 2009
Perjuangan bukan di bibir semata. Bicara aku dalam rindu.

Ok, saya mahu panjangkan lagi kembara malam. Wassalam.

.jpg)