Thursday, September 29, 2011

Tak yah baca takpe.


Ramadhan sudah berlalu.

Syawal pun sudah pergi.

Yang tinggal hanya aku, seorang hamba yang masih menagih taubat dari Allah SWT.

Hidup di perantauan, kutemu lebih banyak pedih berbanding manis. Mungkin hanya aku seorang, bukan buat orang lain. Namun, banyak yang aku pelajari. Tentang erti hidup, tentang kawan, tentang semuanya.

Ramadhan lalu terasa lain benar. Tiada kegembiraan hendak menyambut Syawal. Tiada masa aku menghitung hari untuk menunggu Aidilfitri. Tiada masa aku sibuk dengan persiapan Hari Raya. Semuanya terasa biasa-biasa sahaja. Segalanya lebih terfokus pada ibadah dan rasa ingin mendekatkan diri pada Tuhan.

~Untuk ini, aku bersyukur. Bersyukur amat..

Syawal, aku kira lebih meriah disambut disini. Sehingga ke akhirnya ada jemputan ke rumah terbuka. Aku,buat pertama kali juga mengadakan rumah terbuka.

Entah, terasa dewasa apabila segala-galanya berada dalam tangan kita, bawah tanggung jawab kita. Terasa dewasa.

Langkah ku mencari erti hidup tidak berhenti sampai disitu. Perjuangan harus diteruskan sehingga semester berakhir. Hati ini terhimpit. Membilang waktu untuk pulang ke tanah air sambil membilang krisis yang datang bertimpa-timpa.

Kawan-kawanku sedia membantu, aku tahu! Tetapi mereka juga sepertiku, ada kesusahan sendiri. Aku malu. Aku malu dengan diri.

Kadang-kadang aku rasa tidak berguna. Apakah aku hanya tahu menulis rantaian imaginasi yang membuatkan pembacaku tersenyum dan bahagia. Namun hakikatnya aku bukan begitu.

Entah, dunia makin pelik. Makin pelik dengan perasaanku sendiri.

Hati ini makin bercelaru, calar-balar dengan contengan dosa. Entah, aku tidak tahu.

Ada seseorang pernah menawarkan aku cinta. (eh ini topik lain ni? haha) Aku tersilap kerana aku menyimpan harap. Padahal sebelum ini hatiku begitu keras dengan tawaran sebegitu. Namun aku silap. Aku sepatutnya sentiasa keraskan hati dan diamkan sahaja.

Aku musnahkan harap itu. Buat arjuna, jangan pernah berani bilang cinta jika tidak bersedia. Sebab, aku tidak akan segan membunuhmu. (killer habis!! wahaha)

Babai...aku merapu tatkala esaimen melimpah ruah.

1 comment:

Cikgu AL said...

wow!jiwang uolss..;p