Sujudlah pada ALLAH SWT...selagi roh mu masih menghuni jasad.
Mati adalah bercerai roh dari badan.
Ia adalah proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh (kubur) dan suatu kehidupan manusia dalam bentuk yang lain.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
—Maksud Firman Allah s.w.t:
—"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
—(Surah al-A'raf ayat 34)

KAMU TIDAK BOLEH LARI DARI KEMATIAN
Maksud Firman Allah s.w.t :
—"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
—(Surah an-Nisaa' ayat 78)
—"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
—(Surah an-Nisaa' ayat 78)
.................................................................................................................................
Berapa ramai manusia di dunia ini yang mengingati akan kematian. Saya sendiri mengakui, terkadang palitan tawa dan suka yang memekat dalam hati menebalkan rasa alpa pada kematian. Sakitnya mati itu cukup pedih dan menyeksakan. Berakhir dengan husnul khatimah atau sui'l khatimah? Masya Allah, bergetar seluruh jasad dengan gegaran derap malaikat maut. Oh air mata, gugurlah. Padamkanlah marak nerakaMu. Betapa sukarnya hendak mendakap keinsafan.
Mengingati bukan bermaksud Allah SWT menyuruh kita mengabaikaan dunia. Bahkan kita wajib bekerja bersungguh-sungguh dan memanfaatkan apa yang ada di dunia ini- buat bekalan di akhirat sana. Dalami hadis ini wahai insan-insan.
"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah anda hidup untuk selama lamnya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah anda akan mati esok." HR Amrun bin As (r.a)
Hanya istighfar yang mampu meniti bibir saya. Kesungguhan manusia sekeliling hanya berpusat pada dunia. Hubbun dunia... Aduh, saya jua khuatir pada diri sendiri. Bimbang terngadah sama. Mengingati mati dan kitalah manusia yang paling pintar di dunia.
—“ Iaitu orang yang paling banyak mengingati mati serta yang paling banyak persiapannya untuk mati. Merekalah orang yang paling pintar. Mereka pergi mencari keperluan untuk dunia dan akhirat.” Mafhum HR Ibnu Majah dan Ibnu Abu ad-Dunia.
Mengingati mati dan kita akan sentiasa diselubungi penantian. Penantian yang pasti. Penantian mati.