Wednesday, January 27, 2010

PERIBADI MUSLIM MENGHADAPI PROPAGANDA 2012

PENGENALAN
Kita digemparkan dengan ramalan kiamat pada tahun 2012. mengikut kalendar Mayan, mereka menggambarkan kemusnahan dunia pada tahun yang sama. Tetapi mengapa kita perlu resah dengan segala propaganda barat ini?
RAMALAN DEMI RAMALAN
Kegelisahan ini mula timbul setelah ramalan ini digembar-gemburkan oleh pihak barat. Situasi menjadi lebih tegang apabila kehadiran filem ‘2012 yang menunjukkan saat kehancuran segenap pelosok dunia. Persoalannya, benarkah kiamat akan tiba pada 21/12/2012?



KIAMAT 2012?
Mengikut ramalan tersebut, tarikh 21/12/2012 akan jatuh pada pertengahan bulan Ramadhan dan hari jumaat. Maka, disini dilihat betapa kononnya kiamat akan menjelang pada tarikh tersebut. Seberapa pastikah kita terhadap ramalan itu? Secara teknikalnya, seakan ada kebenaran yang terselit, namun secara hakikatnya sebagai muslim, kita harus kembali pada fitrah.
MENGINSAFI DIRI DENGAN TANDA-TANDA HARI KIAMAT
Secara harfiahnya, sebagai muslim yang bertunjangkan akidah Islam, beriman pada hari kiamat merupakan rukun iman yang wajib kita imani. Tidak dapat kita sangkal lagi tanda-tanda hari kiamat sudah terlalu banyak muncul.


1. Perempuan lebih ramai berbanding lelaki
2. Peperangan demi peperangan berlaku
3. Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq
4. Masa menjadi singkat
5. Munculnya galian-galian bumi
6. Ulama tidak dipedulikan
7. Perempuan berpakaian tetapi telanjang
8. Banyak bangunan pencakar langit
9. Gempa bumi yang kerap
10. Gerhana

Sebenarnya masih banyak lagi tanda-tanda besar dan kecil akhir zaman yang tidak mampu disenaraikan kerana kemunculannya telah terlalu ketara dan umat Islam sendiri sudah mampu untuk menilai keadaan dunia pada masa kini.

Tidak akan ada sesuatu yang akan kekal selama-lamanya kecuali Allah SWT. Kita meyakini akan wujudnya hari pembalasan, iaitu hari kiamat. Hari kiamat itu pasti dan akan terjadi. Maka, segala tribulasi tentang persoalan 2012 itu harus diimbang secara hati-hati kerana sesungguhnya itu bakal menggugat akidah muslim sendiri.



TAKTIK BARAT
Barat mengetahui mereka tidak akan pernah beroleh kemenangan jika menggempur umat Islam dengan senjata. Lalu, jarum halus ditusuk pada pemikiran melalui ideologi karut-marut yang dibawa seperti liberalisme yang mengaplikasikan hukum agama secara membuta tuli.

2012 merupakan satu strategi barat untuk mencetuskan global panic dalam diri manusia, khususnya umat Islam. Setelah dipadatkan minda dengan kehadiran filem 2012 yang ditayangkan di seluruh pawagam dunia, kegelisahan dan kebimbangan warga dunia menular tentang penghujung dunia. Maka, secara tidak langsung, kebergantungan pada Allah terhakis hari demi hari kerana terlalu mempercayai akan ramalan tersebut.
Disini jelas menunjukkan peribadi muslim itu dicemari secara tidak kita sedari. Tidak hairan jika ramai manusia mula mengagungkan ‘kuasa’ penentuan yang ada pada manusia berbanding Allah SWT yang sememangnya berkuasa menentukan segala apa yang berlaku di dunia.


Apabila hilangnya kebergantungan pada Allah, maka akidah muslim akan pincang, retaklah kekuatan iman, maka runtuhlah kegemilangan Islam. Barat amat takut umat Islam bersatu hati dalam perjuangan seakidah, jadi mereka menyalurkan ideologi tersebut agar perpecahan dapat berlaku.
Contoh paling mudah, antara cabang lain dalam liberalisme adalah hedonisme. Hedonisme adalah budaya mengagungkan hiburan secara melampau. Secara telusnya kita melihat betapa hebatnya rancangan realiti televisyen yang menyebabkan hamper semua lapisan masyarakat menghabiskan waktu dengan duduk di hadapan televisyen. Bukan itu sahaja, mereka malah berbincang dan berbicara pula tentang si polan dan si polan itu.

Di sini, kebobrokan yang melanda secara sulit telah menyebabkan kebejatan akidah umat Islam begitu ketara. Kita mungkin terlepas pandang isu sebegini dan menganggap ianya fenomena sementara, tetapi sebenarnya kesan tersebut berpanjangan.





2012 DAN KESUDAHAN SEPATUTNYA
Diberi anologi mudah- jika setiap manusia sudah mengetahui bilakah malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa, pasti diri akan bersiap sedia dengan amal ibadat yang banyak dan tak terhitungkan.
Lalu, jika benarlah ternyata 2012 ini merupakan pengakhiran kepada kehidupan, kita tidak punya kuasa untuk menghalang. Begitu juga sebaliknya, jika ternyata tiada terjadi apapun pada tarikh tersebut, maka itu semua sememangnya di bawah kekuasaan Allah SWT.
Allah SWT berkuasa menetapkan segalanya dengan kunfayakun. Kiamat boleh terjadi bila-bila masa sahaja mengikut kehendak Yang Maha Esa. Boleh jadi esok, lusa, minggu hadapan ataupun ketika anda membaca artikel ini. Segalanya punya kemungkinan. Maka renung-renungkanlah dengan penuh hikmah. Usah biarkan diri terjebak dengan mudah dalam permainan manusia-manusia yang memusuhi Islam.

Monday, January 4, 2010

KES KALIMAH ALLAH - MAPIM MERAYU UNTUK MENGADAP MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

MAPIM menyeru seluruh NGO Islam di seluruh negara untuk bersama-sama bersatu menyatakan keprihatinan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin yang mengizinkan penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia dalam majalahnya Herald.





Bagi kami keputusan yang diistiharkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur kelmarin , Datuk Lau Bee Lan , adalah keputusan yang telah menyentuh persoalan Islam dan kuasa Raja-raja .





MAPIM juga melihat keputusan tersebut juga telah menyentuh persoalan kedudukan istimewa agama Islam dalam Perlembagaan.





MAPIM melihat secara serius implikasi dari keputusan ini . Ia menjadi prisiden untuk pelbagai lagi isu lain yang berkaitan dengan Islam yang dimasa akan datang boleh dibawa ke Mahkamah sivil . Ini dengan jelas akan menggugat kestabilan sosial jika kesucian agama Islam dilihat sering dicabar melalui Mahkamh sivil.





Ternyata pihak yang berkenaan telah menyalahguna kuasa Mahkamah sivil untuk menceroboh dalam urusan agama Islam .





Kami dengan ini mengesa agar pihak berkuasa agama terutama Majlis Raja-raja Melayu segera menegaskan kedudukan Islam dan bidangkuasa institusi Islam dinegeri-negeri .

MAPIM berpendapat proses undang-undang telah disalahguna dan ini tidak boleh dibenarkan selagi bidangkuasa pihak Majlis Raja-raja Melayu terhadap urusan Islam adalah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.





Dalam hal ini sumpah menjaga agama Islam pada setiap masa dalam pertabalan KDYMM YDP Agong hendaklah diterjemahkan segera demi menjaga martabat dan maruah Islam di negara ini.





Kalimah Allah bagi umat Islam bukan sekadar sebuah nama malah adalah penegasan mengenai Keesaaan Allah yang tidak boleh disamakan dengan maksud yang hendak diguna oleh agama lain dari Islam. Kalimah Allah yang khusus itu ternyata tidak boleh dikompromikan dengan maksud Tuhan yang ada dalam agama lain.





Kami berpendirian kebebasan bersuara dalam mengguna kalimah Allah yang menyentuh soal yang sangat sensitif bagi pengganut agama Islam , tidak boleh hanya dilihat sebagai istilah yang bersifat umum. Perbahasan mengenai hal ini bukan bidang Mahkamh sivil untuk memutuskannya .





Kami mendapati pertimbangan terhadap suasana dan latarbelakang masyarakat Islam serta sejarah kebersamaan hidup bernegara di tanah air ini antara umat Islam dan penganut agama lain telah tidak dihormati oleh pihak yang berkenaan.




Proses undang-undang yang telah diguna oleh gereja untuk mencabar bidangkuasa KDN dalam hal mengguna Kalimah Allah hanya dilihat secara pentadbiran (administrative) dan tidak menimbangkannya secara teliti terhadap sensitiviti umat Islam.



Suasana dan latarbelakang masyarakat negara ini sejak Merdeka telah disepakati agar tidak menggugat kehormanian yang sedia ada. Kenapa sekarang pihak gereja tiba-tiba mahu mencabar keharmonian tersebut?




MAPIM melihat ini sebagai suatu pencerobohan yang sengaja untuk mencabar wibawa pihak berkuasa Islam serta menguji kesabaran umat Islam.





Kami dengan itu merayu agar Majlis Raja-raja Melayu mengadakan sidang tergempar dengan segera untuk menggunakan kuasa yang ada bagi memperbetulkan kekecohan yang timbul.



Kami sangat mengharapkan pihak Majlis Raja-raja melihat isu ini secara serius dan memberi perhatian khusus untuk memastikan tidak ada pihak yang cuba mempermain-mainkan isu agama Islam sebagaimana umat Islam tidak dibenarkan menceroboh dalam urusan agama yang lain.




MAPIM akan mengembleng suluruh umat Islam untuk merayu Majlis Raja-raja Melayu segera berindak.





Kami akan memohon pemegang Mohor di Raja untuk dapat memanjangkan usul ini kepada Majlis Raja-raja Melayu.







Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi


Majlis Perunding Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)