Saturday, April 17, 2010

Akhirnya hatiku terbuka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Hanya itu yang terbersit dari bibir ini. Betapa terlalu lama saya 'meninggalkan' laman amanah ini sehingga satu saat saya merasa benar-benar di bawah detik kejatuha- kejatuhan menyebarkan kalimat-kalimat kebenaran, Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik.

Seingat saya usai Minggu Penulis Remaja 2009, saya seolah-olah sudah 'melupakan' taman indah ini dan membiarkannya menjadi hutan rimba, bersemak tanpa jaga. Saya insafi.

Alhamdulillah saya telah menjadi mantan MPR 2009 dan saya metah terharu kerana diberi penghargaan sebagai salah seorang penulis muda berpotensi. Terasa kerdil benar diri ini bile dikelilingi oleh penulis-panulis muda yang hebat seperti Kak Ilyani Alyas, Abang Muhammad Haniff, A.Muziru Idham, dan ramai lagi(sekadar menyebut beberapa nama)


~~~ Sungguh kesuraman yang bertandang, menyesakkan jihat pemikiran saya. Baru saya sedar, jika disebut saja tentang 'dakwah' tidak kiralah dalam cara dan bentuk apa sekali pun, pasti tentangan akan menerpa disetiap penjuru dunia. Kerapuhan iman, kegersangan ilmu, menyebabkan semangat yang julang mulai menjunam.

Sepanjang saya menyepi, pelbagai rintangan yang dilalui. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk terus berada di bumi ini.

Apa lagi yang ingin saya coretkan...Oh ya, doakanlah kelancaran proses novel sulung saya. Mohon doanya...insya Allah


Siiru ala barakatillah

3 comments:

shafiq said...

Salam sahabat..
aku doakan kau agar berjaya menerbitkan novel sulong itu...
semoga intipati dalam novel itu tercapai maksud dan harapan...
insyallah..
mungkin giliran ku akan tiba..
siapa tahu?.
doakan kekuatan aku untuk terus menulis...

phyto hystrix said...

slm ziarah! smga Allah permudahkan jlnmu,insyaAllah. trskan usaha,jgn prnh lelah! (jgn lupa bgtau ble dah siap wokeh!)

hidup bos! :) hehe

cuteyes said...

bgtau sy eh bila novel 2 da siap.hihi..teruskn prjuangan and slamat brjaya!