Friday, September 30, 2011

Mintalah, jangan berhenti.



Hamba, dan kita pekerja Dia.

Amilin.


Nafas kita, gerak mata kita, langkah kaki kita, hayunan tangan kita, semua milik Allah. Tiada satu pun punya kita. Apa yang kita alami, rasai, benci, suka, sayang, meluat dan sebagainya, semua itu pinjaman dari Dia.


Sampai masa kita akan pergi. Jangan bongkak atau merasa usaha kita yang menyebabkan kita berjaya kecap kejayaan demi kejayaan. Kerana, tanpa izin Dia, kita tak akan peroleh apa-apa.

Kerdilnya kita ini apabila ditimpa musibah. Dia yang beri kita musibah, dan Dia juga punya penyelesaiannya. Jangan pernah berhenti meminta dari Dia. Minta minta dan mintalah dari Dia. Sebab kita memang tidak punya apa-apa hatta sehela nafas pun.

Aku lebih takut bila kesenangan yang datang. Aku takut aku akan lupakan Dia dengan tempoh yang lama. Manusia mudah terpesona dengan keseronokan. Aku sangat takut Allah ambil nyawa aku dalam keadaan aku lupakan Dia. Aku amat takut. Tetapi aku tetap manusia yang sering mudah lupa dengan kata-kata sendiri. Aku sering tenggelam dalam tawa. Semoga murka Allah tidak menyeliputi hidupku. Aku takut amat.

Setiap hari aku bayang kehidupan dalam kubur kelak. Tiada siapa yang menolong. Tiada siapa. Hanya amal yang akan jadi penyelamat. Tetapi bagaimana hendak bergantung kepada amal jika solat 5 waktu pun sering lewat, kadang-kadang subuh boleh terlepas, hafalan Quran sekejap lupa sekejap ingat, ikhtilat tidak terjaga dengan sempurna, tonton perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan sering berfikir perkara yang tidak pasti. Allah, kenapa semua ini boleh terjadi.

Aku harap kepada diri, kepada semua yang membaca post ini, jom kita gali hakikat diri sebagai hamba. Ingat, bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil Tuhan. Jangan dirisaukan dengan siapa kita akan bernikah (selalu inilah yang sering jadi topik tak sudah-sudah sampai aku naik meluat) tapi fikirkanlah bagaimana kita hendak menghadapi MATI.

Dunia seharusnya jadi ladang untuk akhirat. Maka mulalah bercucuk tanam dari sekarang.

1 comment:

Faiqah Umaira said...

entri yang mengingatkan diriku , tersentap jap time solat lewat , mmg kadang2 lalai .. :(

Thanks , i've seen u on newspaper before , thoyba mursyidah