Sunday, March 20, 2011

*Muka Buku- jadi lebih manusia atau sebaliknya.

Agak lewat saya mengenali facebook. Seingat saya ketika itu saya sudah tahun pertama Ijazah di IPG Penang. Zaman itu, saya sedang 'gila' dengan perkusi. Banyak jugalah pertandingan nasyid yang saya dan kumpulan Amani sertai. Yang paling manis, dapat tempat ketiga dalam Festival Nasyid Pulau Pinang. Dapat RM 1300, dibahagi dengan 9 orang. Bagi pelajar, itu sudah terlalu banyak. Dan yang paling lucu sehingga kini, kalau bertanding di kampus sendiri, tidak pernah pula dapat johan, haii Inlove, memang kita ni naib johan bertahanlah nampaknya.
Kenangan, kenangan..




Okey, memang ada perkaitan bagaimana kenangan itu dengan sejarah saya memiliki facebook. Ketika kawan-kawan saya sedang bercerita tentang seronoknya memiliki akaun facebook, saya masih mempertahankan prinsip, tidak mahu dan tidak akan buka akaun itu. Sebab pertama, saya lihat kawan-kawan saya seakan 'ketagih', setiap masa di hadapan laptop. Bunyi keyboard diketik laju amat, dan saya menyangka mereka sedang buat asgment atau buat reseach, rupa-rupanya sedang menaip status dan komen. Wuhuu, penangannya memang hebat!




Satu malam, saya ke bilik seorang teman, yang mesra saya panggil dengan Kak Dayah, kerana dia lahir awal setahun dari saya. Dia beritahu saya, kawan saya sedang mengutuk gambar saya di facebook. Saya pelik, macam mana gambar saya boleh ada sedangkan saya tak ada pun akaun facebook. Kak Dayah tunjukkan komen-komen itu pada saya dan ada satu komen berbunyi begini.

'naseb bek aini takdak fb'

Agak berasap juga masa tu dan saya terus balik ke bilik dan aktifkan satu akaun fb dengan nama Thoyba Mursyidah. Bila difikir balik, aduhai sungguh tak matang diri ini. Habis terbang ke mana prinsip sebab hanya usikan itu sahaja. Padahal kawan saya bukannya mencela, hanya mengusik...aduhai..okey pembaca, anda boleh gelak sekarang.

Saya tak nafikan, saya pun seakan disampuk oleh facebook. Siang malam terbayang-bayang hendak buka profil fb. Maklumat disebar pantas amat. Tidak seperti ketika saya hanya tahu berblog. Saya rasa di facebook lebih efektif malah hendak mengembangkan tarbiah, facebook memang medium yang paling hebat. Serius!

Di facebook saya mengenal kawan-kawan penulis. Sangat ramai. Antara kenangan yang tidak akan saya lupa adalah bila Pak Latip, (Abdul Latip Talib)menegur saya di fb dan bertanya, adik minat menuliskah?

Masa tu saya tak tahu pun yang menegur saya itu adalah penulis prolifik tentang buku sejarah Islam. Malu sangat sebab saya membalas 'dingin-dingin' sahaja. Aduhai, nampak sangat masa itu sangat mentah dalam dunia buku. Dari sehari ke sehari, saya mula berani untuk menambah rakan Ustaz Azman Al Kurauwi, Ustaz Ubaidillah Alias, Kak Ana Balqis, Dr Mawar, dan ramai lagi. Mereka rupanya, manusia yang saya kagumi, amat ramah sekali bila didekati. Dan facebook mengakrabkan kami, sehinggalah saya benar-benar bertemu dengan mereka di dunia realiti.Alhamdulillah ala kullihal.

Di facebook jugalah saya ditarbiah. Saya berkenalan dengan tarbiyah yang keras, dan juga yang penuh hikmah. Mungkin kerana keghairahan saya meletakkan gambar-gambar yang tidak sopan, saya dilontarkan pelbagai cemuhan oleh beberapa rakan di FB, dan kebanyakannya saya tidak pernah kenali. Kebanyakan mereka dari UIA.

Mulanya saya memberontak, saya marah, saya rasa menyampah.

'Siapa kau? aku tidak pernah kenal kau? aku rasa tak perlu kau menyibuk hak dan hal aku'

Bila saya fikir semula, bodohnya diri ini, kerasnya hati ini. Dan saya mula membenci mereka. Tetapi kerana rasa yang gundah itu bertambah, saya mula beruzlah, mencari diri saya yang hilang, dan alhamdulillah saya berterima kasih kepada mereka. Cuma kasihan pada seorang kawan saya di UIA, Fuad, dialah tempat saya melepaskan kemarahan. Maaf ya encik Fuad.

Dan saya mula mendelete gambar-gambar dan caption yang tidak sepatutnya ada di profil tersebut. Dan alhamdulillah, saya memperoleh peluang untuk mengenal ramai pejuang-pejuang muda Islam disitu.

Di facebook, saya bergerak lebih aktif. Sementelah saya adalah penolong ketua Lujnah Media dan Dokumentasi, saya cuba manfaatkan peluang itu. Saya tubuhkan satu grup di fb, grup Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang. Dan disitu jugalah saya letakkan video-video TV PAI. Semasa saat itu, saya amat bahagia, teramat sangat.



Ada juga konflik disitu, amir PAI berkata facebook agenda Yahudi untuk memantau gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Saya cemas, saya rasa bersalah. Dan saya juga merajuk, aduhai pelik sungguh diri ini. Jadi saya cepat-cepat delete grup itu. Beberapa hari kemudian, amir menghubungi saya kembali,katanya tidak mengapa, ini salah satu cara kita kukuhkan Islam walau dimana kita berada.

Saya bingung. Tapi tanpa bicara, saya tubuhkan kembali grup itu.

Dan di facebook jugalah, saya belajar untuk mengenal orang-orang yang kasihkah saya, iaitu kakak-kakak yang piala hatinya penuh dengan cinta. Alhamdulillah saya mula merasa manisnya ukhwah. Manis sangat! Walaupun jarak memisahkan, tapi pertautan itu tetap mekar dan hidup.

Terima kasih kak kerana sabar dengan adikmu ini....

Saya juga mengenal adik-adik yang manis seperti A.Muziru Idham, Asilah, Fatimah, Hafizul Faiz dan sebagainya. Mereka semua, amat matang, tidak padan dengan usia. Status-status mereka, sangat mengujakan. Dan seringkali mengetuk pintu hati saya.

Yang paling saya suka akan semangatnya adalah Hafizul Faiz, orang Sik Kedah. Dia menulis sentiasa. Selalu minta saya ajar itu dan ini. Malah tidak putus-putus mengemelkan saya dengan cerpen-cerpennya. Saya jadi terhibur dapat mengusik adikku yang seorang ini. Pernah dulu saya menegur, sudah-sudahlah menjadi terlalu melankolik sehingga pembaca merasa mual. Dia tidak melenting, malah mengambilnya sebagai pengajaran bermakna. Bakal Ustaz ini, semoga dirinya menjadi penulis sejati kelak. Kak Aini akan sentiasa sokong Faiz key!


Ini Faiz, doakan dia dapat ke MPR tahun ni.
Ini link blognya...http://hafizulfaiz.blogspot.com/

Dan, kalian, saya telah menutup akaun fb itu beberapa minggu yang lalu. Dan saya tetap tidak memutuskan pertautan itu, kerana saya tetap wujud disitu dengan akaun yang baru, Yang lebih segar dan menenangkan hati-hati saya kerana, yang dekat dengan saya kini, adalah orang-orang yang menyayangi saya. Alhamdulillah..

Dan facebook, kau boleh memanusiakan manusia ataupun sebaliknya.

FAKTA ;Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

6 comments:

Nurina Izzati said...

assalamualaikum ya ukhti,
memang facebook boleh jadi bencana, boleh juga jadi pembawa hikmah tetapi itu terpulang kepada bagaimana cara kita menggunakan dan memanfaatkannya.
ukhti minat menulis ya?
jangan mensia-siakan anugerah yang allah berikan. tahniah kerana berani menyahut cabaran menyebarkan dakwah dan tarbiah yang merupakan peninggalan daripada para nabi. teruskan menyebarkan kefahaman islam yang tulin. =)

Thoyba said...

Wslm wbt dik..yerp, terpulang pada kita sama ada nak guna dengan baik ataupun salah guna..thanks for the sharing,,ye, minat menulis...boleh lah sambar buku akak 1 dimana2 kedai buku. (promo lak hehe)

Unknown said...

cantik tv pai. tu tv betulkah?

Thoyba Mursyidah said...

Benz, Tv PAI ni ala-ala TV show, ada pengacara dan rakamannya. Hanya bersiaran sekitar IPG sahaja. (kerja budak2 je la)

Hafiz Al-Faiz said...

begitu terharu pulak apabila puan thoyba memerah rasa sukma. sejak bila saya mampu menaakul semangat itu untuk dijadikan bahan kekaguman. demi kamat dan agama, demi memanusiakan manusia, kita bertinta, bukan kerana takhta tetapi kerana 'mereka' sudah alpa..terima kasih kak..dan untuk pembaca2 blog nih semua: kak thoyba amat optimis, sifat nugara yang bersandar padanya bagiku begitu agam, tiada lagi pernah sy temui penulis yang tidak memikirkan takhta kekendirian selain akak..terima ksih.:P

Thoyba Mursyidah said...

Faiz!! hish,,,janganlah cakap macam tu....kak tetap manusia biasa dik..serius...terima kasih kerana menulis dan jangan pernah berhenti menulis ya. insya Allah, seni untuk Allah,bukan seni untuk seni...