Post-post terdahulu, saya ada mengusulkan tentang feminisme, akarnya, asalnya, gerakannya, serta pengaruh dan kesannya dalam Islam. Malam ini saya jadi terfikir kembali, benarlah kata akhi, isu feminisme ini sentiasa ‘segar’ sepanjang zaman. Perkembangannya makin menular dan paling membimbangkan, kegiatannya disokong dan ditaja oleh agensi-agensi antarabangsa. Bila mengenang semula kata-kata muallim, saya jadi kecut perut. Kata muallim dalam usrah SPAQ yang saya hadiri, “Kita semua sudah berada dalam tahap hancur lebur dan berkecai”
Semalam, dalam gelak tawa bersama keluarga, saya menerima SMS daripada koordinator ABABIL. Kegusarannya tentang ulama’ yang tidak mahu ambil kisah tentang masalah ummah. Lihat sahaja bagaimana segelintir tokoh-tokoh Islam di Malaysia ini memperkotak-katikkan keadaan apabila menyelar PAS memebentangkan usul pengharaman SIS di Malaysia dengan mengatakan itu mahu diangkat sebagai isu politik.
Saya jadi aneh. Ulama’ –ulama’ inilah yang sepatutnya menegakkan kebenaran tentang hukum-hukum Allah di muka bumi ini kerana kekayaan ilmu agama, tetapi sebaliknya berlaku. Isu yang sepatutnya disepakati bersama, telah menjana satu medium untuk bertikam lidah. Masya Allah. Pernah saya bertanya pada seorang Ustaz semasa mengikuti bengkel LANDAS tentang ulama’-ulama’ yang liat untuk turun ke lapangan. Katanya senang, mereka semua tidak mahu keluar dari zon selesa. Zon yang disediakan oleh pemimpin teratas. Cukup-cukuplah sekadar duduk di rumah mengaji kitab itu ini, tak perlu campur urusan luar yang tiada kaitan dengan kita. Begitukah?! Saya tahu dan saya sedar, saya bukanlah insan yang layak untuk bercakap sebegini, tetapi kebimbangan ini makin membesar. Entah mengapa, jiwa dipenuhi kesedihan. Masihkah wujud lagi penentang kemungkaran?
Liberisme sudah sebati dan teramat kuat pengaruhnya dalam kehidupan kita semua. Apabila saya menulis dan memperkatakan hal-hal sebegini, ramailah yang mula melontarkan kata-kata yang meruntun nubari.
“ Kau ingat kalau sekadar menulis dan cakap berapi-api liberisme ini akan terhapuslah? Kalau kau sibuk duk cari fikrah yang hebat semuanya akan selesailah? Wey, dalaman sendiri belum tentu, berani kau nak ke luar dan berbicara soal umat?”
Manusia apakah ini? Kalau kamu orang Islam, kenyataan ini tak akan kedengaran, masya Allah! Bagi saya, manusia ini hanya mementingkan diri sendiri. Malas hendak menggunakan otak dan akal kurniaan Allah SWT. Hanya sibuk hendak memikirkan soal pelajaran, cinta, duit. Duniawi! Duniawi! Kalau mahu tunggu kekuatan iman mantap, sampai bila mahu bergerak? Dan kalau mahu harapkan orang lain, siapa lagi? Mula-mula saya panas hati dan cuba sedayanya untuk lawan hujah. Lama-kelamaan saya dilanda kebosanan, muak dengan persoalan bodoh mereka. Baik saya diamkan sahaja dan teruskan langkah saya.
Maafkan saya. sesekali emosi mengatasi intelek.
Isu feminisme ini sampai ke kemuncaknya apabila MUSAWAH diadakan dengan ‘jayanya’ dengan berhimpunnya penyangak-penyangak dunia seperti Muhammad Khalid Masud (Pengerusi Majlis Ideologi Islam Pakistan), Farida Bennani, Sana Benachour, Hussein Muhammad, Ziba Mir-Hosseini, Zainah Anwar, Siti Musdah Mulia, Nur Rofia dan lain-lain lagi termasuklah aktivis bukan islam seperti Cassandra Balchin. MUSAWAH adalah keadilan samarata, dan dalam SIS isu memperjuangkan hak wanitalah yang utama. Diskusi ‘gila’ itu membincangkan tentang penjenamaan semula kitab suci Al-Quran dari sudut pandangan golongan wanita. Hak tafsir Al-Quran itu mahu diperjuangkan agar diberi kepada kaum wanita. Nau’zubillah. Mujurlah ada badan-badan NGO seperti PUMPP yang menyedari akan penghinaan ini lantas menyuarakan penentangan. Apatah lagi, diskusi hina ini diadakan di sebuah ‘negara Islam’, Malaysia. Masya Allah!
Ramai mahasiswa mula menyedari masalah ini merupakan amanah mereka sebagai generasi pelapis. Terkenang kata-kata Saidina Ali, ‘ Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini’. Mereka semua mula bangkit bersama jamaah seperti ABABIL, API, AMiM, SPAQ dan sebagainya. Alhamdulillah, pemikiran mereka dihiasi fikrah. Segala permasalahan dilihat, dirinci dan dikaji sehingga ke akak umbi. Saya jadi bangga denan kecaknaan mereka semua. Memang benar usaha itu seakan tidak membawa perubahan apa-apa buat masa sekarang, tetapi saya teramat yakin, kesannya akan jelas untuk jangka masa panjang. Mereka inilah yang akan memperjuangkan Islam kelak dengan berbekalkah tamrin, usrah dan tanzim pada masa ini. Kita tunggu dan lihat.
Jadi sekarang kita cuba kembali pada fitrah. Apa tujuan kita diturunkan ke dunia? Apa sumbangan kita? Apa yang kita mahu jawab pada Allah SWT nanti tentang kerja buat kita di dunia? saya terkenang bicara sahabat saya dan saya amat bersetuju dengannya. Manusia ini diturunkan ke dunia dengan misi yang berbeza tetapi untk mencapai matlamat yang sama. Fikir-fikirkan, buka mata hati dalam melihat situasi. Jangan biarkan hati mati, menutupi kebenaran hakiki.
No comments:
Post a Comment