Thursday, October 29, 2009

Hapuskan terus saki baki ajaran nabi Melayu

SUMBER : SKUAD PENYELAMAT AQIDAH


Bersyukur mendengar berita Abdul Kahar (pendusta) dihukum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Ketua ajaran sesat atau lebih dikenali sebagai Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi Rabu.
Beliau juga telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali.

Kahar,59, bapa kepada enam orang anak pada 24 September lepas mengaku bersalah di atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor kerana mengisytiharkan dirinya Rasul Melayu, mengajar ajaran sesat, melanggar fatwa Mufti Selangor, melafazkan kata-kata kufur dan mengajar kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di No 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor di antara 10 Mei hingga 23 Jun 2005.

Kahar telah ditangkap oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor pada bulan puasa lalu (16 September)di rumahnya di Sungai Long, Kajang pada kira-kira jam 9.45 pagi ketika sedang menikmati sarapan pagi.

Persoalan sekarang bagaimana langkah JAIS untuk teruskan usaha menghapus terus saki baki ajaran sesat ini? Kita sedar ajaran beliau didokongi oleh golongan intelek, pegawai kerajaan dan lain-lain. Malah para peguam muslim sekular turut memberi komitmen membela beliau!

Kita juga tersentak dengan sikap biadap anak si Nabi Penipu ini apabila berani menunjuk tanda lucah dengan jari beliau.

Anak lelaki Abdul Kahar ditahan di luar kamar mahkamah selepas prosiding berakhir kerana dikatakan menunjukkan beberapa isyarat lucah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata siasatan sedang dijalankan terhadap lelaki berusia 30-an itu yang memang dikehendaki Jais bagi membantu siasatan kes ajaran sesat yang pernah dibawa bapanya. Jais akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu.

Mungkin si anak itu berhasrat menjadi golongan 'hawariyyun' yang membela ayahnya yang dianggap Nabi dari kalangan para mursalin.
yang pasti Abdul kahar tidak insaf kerana tiada tanda beliau bertaubat nasuha menurut tatacara Jenayah Syariah Selangor iaitu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan hakim.

Teruskaan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan isu ini. Selagi zaman beredar, selagi itu generasi Musallamah AL Kazzab muncul.

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah

1 comment:

Ustaz Herbalife said...

sudah menjadi alamat kepada akhir zaman di mana akan timbulnya ramai nabi2 palsu.Perkara ini telah wujud semenjak kewafatan nabi Muhammad.yaitu pada zaman pemerintahan abu bakar al siddiq yang begitu serius membentras golongan ini.Tegakkan islam dengan berjuang untuk islam.TAKBIR!!!! ALLAH HU AKHBAR