Dulu, masa aku buat blog ni, aku mengikut sebenarnya. Aku tengok melalui blog, ramai orang akan dapat maklumat yang susah dicari dari sumber-sumber lain. Lepas tu, dalam masa memberikan maklumat dan perkembangan terkini, kita boleh selitkan kefahaman, pemikiran dan kritikan kita.
Aku pun tengok juga blog-blog jenis yang lain. Blog pasal kehidupan seharian, macam ala-ala diari. Semua benda yang dilakukan sepanjang hari, dicatat dan disertakan pula dengan gambar. Sampai sekecil-kecil hal pun dimuatkan sama. Kalau layan baca, memang syok, buat hilang tekanan, tapi lama-lama baru sedar, aku buang masa percuma saja.
Sekarang ni macam dah hilang rentak saja. Selepas wujud 'facebook', nilai bahasa aku merudum. Tak boleh nak salahkan 'facebook' juga, orang lain boleh saja berjaya tulis itu ini. Malah langkah mereka lebih bergaya dan tersusun kemas. Adakah ini yang digelar, perjalanan di pertengahan sahaja? Aduh
Dari 'saya' kepada 'aku'. Adakah itu terlalu besar perbezaannya. Itu hanya sekadar ganti nama diri bukan? Yang tidak pernah akan menunjukkan apa-apa perubahan. Aku masih seorang aku.
Penulisan- aku jadi gila kerananya. Cintaku terlalu mendalam sehinggakan dalam kepala ini hanya berlegar perkataan itu sahaja. Obsesi?? hahah, aku hanya mampu tergelak. Bukanlah! Cuma aku yang makin lama, makin kontang dengan bekalan=buku.
Menulis, menulis, dan menulis. Aku tak nafikan, semakin ditinggalkan rakan-rakan. Jeritan jati ini menindakkan kegagalan, apatah lagi putus asa. Tidak!!
Emosi, jangan kau menindih intelek. Iman, peluklah diri ini.
Aku, akan terus menulis..
merindu NARWASTU CINTA ILAHI
No comments:
Post a Comment