Tuesday, May 18, 2010

Dialog Dengan Siapa?

BIsmillahirrahmanirrahim............

Kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan Sekelian Alam kerana dengan izinNya kita masih mampu hidup dan menghirup udara serta melihat ciptaanNya hingga ke hari ini.

Subhanallah, sesungguhnya aku kini sedang meniti pada jalur hayat yang berliku. Namun kutahu ianya tidak sehebat dugaan yang ditempuh oleh para pejuangMu satu saat dulu. Ya Allah, aku menyerahkan diri ini agar terus berbuat bakti pada agamamu. Ya Allah, semakin hari aku merasakan semakin jauh dari jalan ini. Ya Allah, jangan tinggalkan hambaMu ini.

Dulu sungguh aku tak nafikan, post-post yang aku letakkan di blog ini, penuh dengan isu-isu umat, penuh dengan kata-kata kritikan, penuh dengan semangat perjuangan. Ditahap permulaan entah dari mana aku kumpulkan kekuatan itu. Tetapi sebenarnya pernahkan aku bertanya pada diri, Islam itu bagaimana? Apakah tugas sebagai umat hanya untuk mengkritik, mengkritik dan mengkritik?

Allah itu Maha Adil. Aku percaya itu. DIA menunjukkan padaku bahawa Islam itu mudah. Cukup mudah tetapi bukan beerti kau boleh mengambil mudah tentang Islam. Jika itu menghuni fikiranmu, kau silap! Kau silap.

Setelah sekian lama hanya menjadi 'pengikut', aku melihat diri bukan berpijak pada bumi yang nyata. Apa tujuanku? Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan kepadaku hidayah ini.

Islam itu ukirannya sukup halus, berseni. Segalanya saling melengkapi jika diamalkan dengan bukan bertunjangkan hanya kewarasan akal. Aku mula sedar betapa ramainya pemikir zahir yang menghuni alam buana ini. Islam hanya pada pandangan mereka sahaja. Pandangan oleh manusia yang hanya bergurukan buku semata-mata. Apakah kau tidak sedar siapa yang akan membimbingmu tatkala meladeni buku-buku agama dan lalu kauserapkan segalanya mengikut hawa nafsu? Syaitan laknatullah!

Tergelincir dari landasan intelek, emosiku metah menyerang. Apakah layak untuk aku menuduh manusia-manusia itu jumud? Tidak! Manusia tidak layak menilai manusia. Langsung tidak. Namun jika yang batil dipertahankan, itu sudah melampaui batasan syariat. Keberanian itu berbaloi dan berguna jika digunakan untuk menuntut yang haq, bukannya terus-menerus mendukung ideology ektrimis yang entah apa-apa meniti bibir ke bibir.

Ghulu'- aku baca dari buku Kesan Ektrimis dalam Beragama. Ada dua ciri orang yang ghulu'. Pertama, orang yang terlalu berlebih-lebihan dalam membuat sesuatu manakala yang kedua, golongan yang cuai dalam beragama.

Disini jelas bukan, Islam itu agama yang mudah. Kata ustaz Rusyaidi, kita ambil yang diantaranya, iaitu, bersederhana. Insya Allah, jalan yang dipilih itu menuju syurganya. Jika kita dalami dan perhalusi, antara dua sifat ghulu; inilah yang sering terjadinya aliran-aliran sesat serta fahaman-fahaman yang karut-marut.Nau'zubillah

Eh, kenapakah aku menulis ayat-ayat sebegini? Seakan aku ingin melampiaskan kemarahan, seakan aku ingin memburu lawan, seakan mahu membalas dendam...bukanlah!!!

Aku hanyalah sekadar manusia yang mencari nur Deen..

pemberontak???? hahaha

1 comment:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Apa khabar? Saja menyinggah..

Semoga dirahmati Allah selalu

Wasalam