Saturday, November 14, 2009

Bisik Malam

~Saya berkira-kira untuk menulis sesuatu pada malam ini.

Ya, saya akui kegersangan melanda hati. Saya selak helai-helai buku peroalan akidah yang melanda jagat manusia. Beberapa detik ini kita dilanda pelbagai ujian yang mampu menggoncangkan iman. Isu SIS, Kartika, Nabi palsu, keruntuhan akhlak dan juga persoalan 2012.

Barat makin agresif menyerang dalam senyap. Menyerang akidah kita. Saya yakin ramai yang menyedarinya dan berpura-pura tidak menyedari. Budaya hedonisme telah menapak kukuh dalam jiwa anak muda, generasi masa hadapan yang merupakan penggerak dunia Islam kelak. Hedonisme- budaya yang mengagungkan hiburan dan kesenangan semata-mata tanpa memikirkan keperluan dan tanggung jawab lain. Nah! jarum Barat telah membius pemikiran pemuda-pemudi Islam dengan menghadirkan teknologi-teknologi dalam perhubungan dan hiburan seperti telefon bimbit, televisyen dan sebagainya.

Saya bukan membutakan kenyataan bahawa teknologi sudah banyak membantu kita dalam kehidupan seharian. Tetapi lihat perkembangan ini dalam dunia dakwah. Lihat bagaimana gerak kerja dalam jemaah. Akibat kesenangan yang gagal dimanfaatkan, gerak kerja menjadi perlahan dan lembap. Keinginan untuk bersenang-lenang lebih tinggi dan mengatasi keinginan untuk berdakwah dan menegakkan syiar Islam. Cuba kita renung kembali bagaimana gerak kerja Rasulullah yang langsung tidak dilengkapi dengan apa-apa kemudahan teknologi seperti kita sekarang. Namun, atas redha Allah yang mencurah dan keikhlasan yang ditonjolkan oleh pejuang-pejuang dahuku untuk mencari cinta Allah yang sebenar-benarnya, kemenangan tetap berpihak pada umat Islam, tidak kiralah dalam peperangan ataupun pemikiran.

Ada yang menyertai jemaah kerana ingin mencari pasangan hidup yang sefikrah. Betapa niat itu telah menyimpang jauh dari alur perjuangan. Ya! Memang wujud manusia sebegitu. Apabila liqa' diadakan untuk berbincang soal gerak kerja dan juga kebejatan masalah sosial, mata mereka sibuk memerhati, mencari permata yang diimpi. Fokus dan matlamat entah kemana, solusi entah ke mana, redha Allah entah ke mana. Astaghfirullah... Alasan mereka mudah, mahu membentuk zuriat yang baik agar senang dididik dengan tarbiah Islam. Diri hanya memikirkan tentang hidup sendiri, bagaimana dengan orang lain yang masih terkontang-kanting jika semua dae'i hanya mempunyai matlamat itu apabila menyertai jemaah?

Erm, malam ini sepi sahaja. Teman sebilik saya pun sudah lama terlena. Alhamdulillah, saya mendapat tempat di Minggu Penulis Remaha di Port Dickson. Alhamdulillah, akan saya timba ilmu sebanyaknya nanti.

Novel saya masih di bab 5. Risau juga dengan deadline yang menanti. Saya cuba pujuk hati yang gelisah dengan kalamullah. Insya Allah, DIA akan mengurniakan ilham jika niat kita sentiasa diperbetulkan.

Saya terjumpa buku nota lama yang sudah lusuh. Teringat saat dulu, saya suka melakar sajak-sajak pendek tatkalan bersendiri. Tersenyum sendiri melihat perahan idea terbentang di satu halaman nota ini. Saya catatkan sedikit untuk tatapan kalian.

~rindu~

ku sisipkan rindu di kalbu
yang makin diasak-asak
ragu dalam lindapan rindu

terasa lagi- ia bertemali
menyusur dalam-dalam
ke lubuk hati
berselirat dengan desah
letih menunggu

dan narwastu rindu menyatu
dalam doaku tepu syahdu.

Erm, malam sudah merangkak jauh dan- mata saya masih berdegil.


Pemandangan dari Jambatan Pulau Pinang, tatkala senja tiba...setahun lagi menyemai ukhwah dan menagih ilmu di sini. Insya Allah

Thursday, October 29, 2009

Hapuskan terus saki baki ajaran nabi Melayu

SUMBER : SKUAD PENYELAMAT AQIDAH


Bersyukur mendengar berita Abdul Kahar (pendusta) dihukum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Ketua ajaran sesat atau lebih dikenali sebagai Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi Rabu.
Beliau juga telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali.

Kahar,59, bapa kepada enam orang anak pada 24 September lepas mengaku bersalah di atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor kerana mengisytiharkan dirinya Rasul Melayu, mengajar ajaran sesat, melanggar fatwa Mufti Selangor, melafazkan kata-kata kufur dan mengajar kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di No 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor di antara 10 Mei hingga 23 Jun 2005.

Kahar telah ditangkap oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor pada bulan puasa lalu (16 September)di rumahnya di Sungai Long, Kajang pada kira-kira jam 9.45 pagi ketika sedang menikmati sarapan pagi.

Persoalan sekarang bagaimana langkah JAIS untuk teruskan usaha menghapus terus saki baki ajaran sesat ini? Kita sedar ajaran beliau didokongi oleh golongan intelek, pegawai kerajaan dan lain-lain. Malah para peguam muslim sekular turut memberi komitmen membela beliau!

Kita juga tersentak dengan sikap biadap anak si Nabi Penipu ini apabila berani menunjuk tanda lucah dengan jari beliau.

Anak lelaki Abdul Kahar ditahan di luar kamar mahkamah selepas prosiding berakhir kerana dikatakan menunjukkan beberapa isyarat lucah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata siasatan sedang dijalankan terhadap lelaki berusia 30-an itu yang memang dikehendaki Jais bagi membantu siasatan kes ajaran sesat yang pernah dibawa bapanya. Jais akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu.

Mungkin si anak itu berhasrat menjadi golongan 'hawariyyun' yang membela ayahnya yang dianggap Nabi dari kalangan para mursalin.
yang pasti Abdul kahar tidak insaf kerana tiada tanda beliau bertaubat nasuha menurut tatacara Jenayah Syariah Selangor iaitu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan hakim.

Teruskaan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan isu ini. Selagi zaman beredar, selagi itu generasi Musallamah AL Kazzab muncul.

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah

Sunday, October 25, 2009

Imtihan..imtihan

Esok imtihan akan bermula.. Tawakal padaNYA.

Selamat berjaya buat warga BEd TESL Cohor 2, third Cycle.

Tuesday, October 20, 2009

PERTUNANGAN

ARTIKEL INI SAYA CUPLIK DARI SEBUAH BLOG..AYUH TELITI DAN HAYATI...SESEKALI MAHU REHATKAN MINDA.




Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...


InsyaAllah hari ni mahu membincangkan serba sedikit tentang pertunangan. Yang mana mungkin ramai yang tidak memahami erti pertunangan sebenarnya. Mungkin dirinya sudah menjadi pinangan orang tanpa disedari. Diharapkan rakan-rakan dapat membaca artikel di bawah sampai habis.


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*


Selepas aku membaca artikel ni, aku baru tersedar mudah sekali terjalin sebuah pertunangan kalau di ikutkan istilahnya di sisi syarak. Mungkin ramai lelaki atau wanita yang sebenarnya telah menjadi tunangan orang tanpa di sedari. Untuk lebih yakin, aku bertanya kepada seorang ustazah tentang perkara ni.


"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"


"Ya, kalau di ikutkan syarak mereka berdua memang sudah bertunang"
"Maknanya haramlah bagi seorang lelaki muslim lain masuk meminang perempuan tu?"


"Ya, sebab tu bila ada orang merisik atau nak masuk meminang perlu bertanya dulu kepada empunya badan. "


Terdapat sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a. sabda Rasulullah SAW:

"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain."


Ingatlah rakan-rakan sekalian, pertunangan bukan bermakna, si dia telah dihalalkan untuk diri sendiri. Pertunangan hanyalah ikatan yang masih belum menghalalkan si dia buat diri sendiri. Si dia tetap bukan mahram. Oleh itu, peliharalah sebaiknya adab-adab batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:

" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya."



*** mahram == mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (denganwanita itu)*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

Monday, October 19, 2009

Kelicikan SIS, memanipulasikan situasi.

SIS- Memang ancaman yang sangat berbahaya dan makin mencabar perundangan Islam di Malaysia. Sementelah entri saya yang lalu mendapat respon yang baik dari kalian, saya rasa isu SIS ini tidak wajar lagi didiamkan.

Secara luarannya, Sister In Islam ini memanfaatkan sepenuh-penuhnya ruang yang pincang dalam Mahkamah Syariah. Setelah berjaya mendapatkan hampir seluruh kepercayaan kaum hawa di Malaysia, mereka mula melangkah setapak lagi kehadapan iaitu, menyerang Mahkamah Syariah yang sememangnya bertunjangkan hukum-hukum Islam. Dengan matlamat kesamarataan antara lelaki dan perempuan, agenda-agenda jahat yang dirangka, mulai dilaksanakan.

Bagaimana mereka mampu berdiri kukuh? Lihat sahaja pengaruh besar yang dibawa oleh Zainah Anwar dan konco-konconya. Bersuara lantang di media-media dengan kepakarannya menggunakan hujah yang sukar dipatahkan, apatah lagi bersadurkan ayat-ayat Allah dan hadis. Malah, mereka turut meletakkan bahawa hukum-hukum agama yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah itu sebagai satu penyeksaan dan tidak masuk akal pada masa kini.

Lihat sahaja isu Kartika. Mereka berjuang habis-habisan untuk menghapuskan hukuman sebatan sebanyak 6 kali. Buka mata kalian! BUka! Jika seorang muslim meminum arak, apakah hukumannya itu 6 kali? Bukankah sepatutnya 40 kali?

Dengan berat hati, kita perlua akui, kewibawaan Mahkamah Syariah itu sendiri telah tercalar. Biarpun kebobrokan ini jelas nyata, kita sebagai umat Islam jangan menindih institusi ini dengan pertikaian yang tiada penghujung. Ya kita kritik dan betulkan, bukan MUSNAH kan! Saya tegaskan itu. Jika kita musnahkan Mahkamah Syariah, maka mana lagi pegangan kita tentang agama Allah? Sebaiknya, perlahan-lahan kita adakan perbincangan, musyawarah bagaimana mahu memperkasakan kembali Mahkamah Syariah. Jangan menuding jari pada siapa kesalahan ini patut diletakkan. Kita punyai ramai alim ulama' yang sangat mampu memberikan nafas baru kepada sistem perundangan Islam. Tetapi, di mana mereka?

SIS pula mahu mencapai target mereka iaitu menghapuskan Mahkamah Syariah dan mahu mewujudkan Mahkamah Sivil sahaja di Malaysia. Masya Allah, bencana apakah ini? Apa yang akan jadi pada urusan perkahwinan, hadhanah, dan sebagainya? Mahu diadili oleh puak liberal dan mengenepikan undang-undang Allah? Seteruk inikah pemikiran mereka? Dan apakah kita tidak sedar akan haluan yang cuba dilorongkan pada cara hidup kita?

Tugas-tugas menyebarkan idealisme mereka makin hebat. Saya pernah dipaksa mengikuti satu program di bawah kelolaan WCC. (Women Center for Change). WCC merupakan antara jarum halus yang membawa pemikiran liberal ini untuk diserapkan dalam minda hijau pelajar. Saya 'diajar' mengenal sex dan gender lalu cuba untuk menyamakannya. Malah, 'tenaga pengajar' yang hadir itu turut menggalakkan kami tidak segan dan malu untuk berbicara soal ini secara terbuka malah untuk berani menentang apa sahaja ketidak adilan yang bukannya dengan cara berlandaskan hukum agama, tetapi--dengan mencari mereka. Sedar tidak sedar, kebergantungan kita pada Allah SWT dan hukum-hukumNYA dpersoalkan dan diperlekehkan. Kononnya tidak seiring dengan kemajuan dunia.

Kekecawaan saya berkembang dan berkembang dalam hati. Melimpahkan kekesalan dan kesyahduan apabila melihat sahabat-sahabat sekeliling yang tidak mengerti tentang isu sebegini. Ada yang menganggap isu sebegini berat, dan mereka tidak layak dan tidak mampu untuk memikirkannya dan berbicara tentangnya. Sahabat-sahabatku sekalian, percayalah! Musuh Islam amat gentar dengan penyatuan fikrah Islam kerana hanya dengan ilmu dan pemahaman yang kukuh tentang Islam lah, kiat mampu melumpuhkan gerak kerja. Bukan dengan daya, tetapi dengan ilmu yang berguna dan dimanfaatkan.

Janganlah terus leka mencari permata yang tidak tahu lagi apakah bertahan atau tidak kerlip sinarnya. Hidup kita ini, singkat sahaja. Jangan sempitkan jalan ke syurga. Jangan sampai Allah hijabkan cintaNYA pada kita. Jangan terlalu mudah menyangka diri kita sempurna segala. Jangan mudah percaya pada 'cinta' manusia yang memabukkan.

Ingat! SIS dan NGO telah 80% berjaya. Mereka ingin hapuskan artike 121 yang dibina oleh Anwar Ibrahim dan Profesor Ibrahim Ahmad pada 1988 dahulu (SPAQ)

Jadi, kamu semua masih mahu bermain??

Sunday, October 18, 2009

Benarkah kita mengerti?


Saya menulis entri ini dengan rasa libang-libu. Benarlah, keimanan kita umpama gelombang di lautan. Sebentar menaik, sekejap sahaja menurun. Semalam saya ke Masjid Negere Pulau Pinang bertemankan teman sebilik yang setia manakala Mujahid Page menunjukkan jalan ke sana. Tetapi bukan itu yang saya mahu fokuskan di sini.

Perut sudah mula berkeroncong bila pengerusi majlis menjemput Ustaz Hafiz Nordin dari PUMPP untuk memberi tazkirah. Sebenarnya, ini merupakan program Jamuan Mahabbah Aidilfitri anjuran JUNDIYY.

Okey, okey.

Sepanjang saya berada di lapangan ini, minda saya sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis isme-isme yang memeritkan tangkai jiwa ummah. Ustaz Hafiz Nordin bermula dengan pendedahan masalah sosial remaja yang pada awalnya saya kira, seperti tazkirah-tazkirah biasa. Kantuk mula menguasai. Ah! Senang benar manusia dibuai mimpi. Dikhabarkan remaja berusia 16 tahun dan keatas sudah mulai mengenal dunia luar yang penuh ‘warna-warni’, malah merasainya penuh nikmat. Maaf, saya sendiri tidak mahu menukilkan ‘kenikmatan’ itu di atas lembar maya ini. Saya insafi.

Ditanya pula soal jihad dan perjuangan. Sekali lagi saya merasakan itu perihal biasa. Tetapi hakikatnya malu mulai menular ke segenap atma. Saya yakin mungkin antara kita semua pernah terlintas di hati bahawa kita merupakan pejuang agama Allah yang sejati, mahu menegakkan
hukum-hukumNYA, berjuang di jalanNYA, dan banyak lagi cita-cita yang terbit sepanjang jalan dakwah. Namun gentarkah kita?

Gentarkah kita bila disebut kalimah LAILAHAI’LLAh?? Gentarkah?
Apakah kita merasakan mengalirnya rasa takut dan malu pada Allah? Bergoncangkah jasad kita dengan kalimah itu?? Say akui dan saya baru menyedari, diri ini sendiri masih belum mengenal erti jihad dan pengorbanan.



‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila mereka apabila disebut nama ALLAh, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat NYA, bertambahlah iman mereka, dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.’ (Al-Anfaal : 2)

Jadi sahabat-sahabat yang saya cintai sekalian, jika dengan kalimah inipun tidak mampu mengetuk gerbang jiwa kita, maka apa makna segala perbuatan yang kita dakwa sebagai dakwah? Matlamat dan tujuan kehidupan, masih samar-samar dan kita… Selagi tidak merasai hebatnya kalimah ini memenuhi rongga diri, jangan sesekali disebut berani menyebut tentang jihad perjuangan!

Sedih. Hati saya bagai disiat-siat. Teramat pedih tusukan kesedaran ini. Malu terhadap Ilahi tak terbendungkan. Saya terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang merugikan sepanjang hayat ini. Teramat banyak.. Teramat……
Terkenang kejahilan diri yang hampir-hampir tewas pada permainan perasaan. Hampir-hampir aku lemas dalam muslihat syaitan. Hampir-hampir aku menyerahkan cinta agung pada Ilahi yang aku pertahankan kepada perasaan yang sungguh-sungguh menjerut nafas imanku.

Astaghfirullahal a’dzim…

Tetapkanlah imanku. Tetapkanlah aku pada jalanMU. Tetapkanlah niatku. Temukanlah aku dengan insan yang mencintaiMU.


Ayuh ummah. Bangkitlah!!!!

Tuesday, October 13, 2009

Permainan SIS

Beberapa ketika ini saya disibukkan dengan pelbagai tugasan. Kiri dan kanan dihujani tugasan tetapi hati merasa puas apabila segalanya diselesaikan. Alhamdulillah.Saya jadi geram melihat blog ini dibiarkan lama bersawang tidak terjaga. Peperiksaan akhir untuk kursus persediaan selama 3 semester bakal menyusul tidak sampai 2 minggu sahaja lagi. Persediaan? tak dapat saya zahirkan kerisauan. Insya Allah, segalanya sudah diaturkan olehNYA.Kita tinggalkan dulu perihal saya yang selalu sahaja mencari alasan ini..manusia, manusia.

Saya meneliti kes Kartika tidak terlalu lama sementelah saya sendiri kurang arif tentang perundangan. Namun saya cuba sedayanya untuk mencerna apa yang berkitar dan berpusar lalu membentuk arus yang merimaskan semua umat Islam. Bukan saya seorang, tetapi mana-mana pemikir Islam di dunia ini pun pasti dapat menebak apa yang berlaku berikutan kes ini. Sungguh menghairankan apabila hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan dipersoalkan sebegitu rupa.

Saya jadi tertanya-tanya, di mana kualiti dan pendirian orang Islam (bukan semuanya) yang sibuk mempertikaikan keputusan yang dibuat berlandaskan agama Islam itu sendiri? Saya sempat membaca beberapa artikel yang ditulis oleh Wanita JIM, Ustaz MAZA dan juga Ustaz Hasrizal. Mereka bersetuju mengatakan bahawa tindakan itu tidak lain tidak bukan, menghina mahkamah dan hukum Islam.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Sister In Islam memanfaatkan sepenuh-penuhnya isu ini untuk menonjolkan 'kecaknaan' mereka terhadap nasib wanita. Sebenarnya mereka sendiri tidak faham apakah itu Islam. Jika kita lihat alur perjuangan SIS selama inipun, terang-terangan menyimpang dari jalan yang Islam gariskan. Tindakan protes pada keputusan Mahkamah Syariah itu hanyalah sekadar mencurahkan minyak pada api yangs sedang marak dengan harapan 'membuka mata hati' wanita Islam untuk memandang mereka sebagai pahlaawan.

Saya yakin dan teramat yakin hampir semua umat Islam tahu bahawa apa sahaja benda yang memabukkan itu adalah haram, apatah lagi meminum arak.Dalam kes Kartika ini, dia sendiri telah mengakui dan sanggup menerima hukuman yang ditetapkan. Jadi, tiada lagi apa-apa kesangsian untuk menjalankan hukuman ini. Islam ini agama yang sempurna. Hukuman rotan yang diputuskan itu bukannya atas niat mencederakan mahupun membunun tetapi memberi pengajaran dan menerbitkan keinsafan pada umat Islam khususnya. Pemahaman inilah yang disalah ertikan oleh SIS lalu diputar belit dengan cermat agar keputusan Mahkamah Syariah Kuantan dianggap salah.

Pernah Muallim Nuruddin memperkatakan ini dalam kelas, " Mahkamah Syariah makin pudar kewibawaannya". Sungguh saya bersetuju. Lihat sahaja kes-kes seperti hak penjagaan anak, cerai, dan kes-kes rumah tangga yang lain banyak tertunggak dan yang paling penting, kes-kes tersebut diselesaikan oleh pihak SIS. Jadi, masakan masyarakat Islam tidak menumpahkan kepercayaan pada SIS apabila terbukti mereka mampu membantu. Di sini saya meliha peranan kita sebagai umat Islam agar memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dan bukannya menghentam habis-habisan segala apa yang diputuskan. Jangan pula sesama kita sibuk bertelingkag, musuh Islam enak ketawa berdekah-dekah. Nau'zubillah.

Jadi, sudah ketemu penyelesaiannya? Mungkin ya atau tidak.Apa yang boleh kita lakukan sekarang? Kumpul kekuatan fikrah dan gempur habis-habisan. Cukupkah? Renungkan...




(Al- Fatihah buat arwah Tok Ayah - Hussin bin Talib yang kembali ke rahmatullah pada 10 Oktober 2009)

Saturday, October 10, 2009

Kejutan.. panaskah?

CERPEN

Kejutan
Oleh Thoyba Mursyidah

Satu
“BETULKAH apa kamu cakap ini Mariah?” Dahi Saiful berkerut-kerut. Tangannya tidak henti-henti menggaru kepala yang tidak gatal. Helai rambut berjuntaian di dahi. Berita yang disampaikan Mariah sebentar tadi amat mengejutkan.

“Isteri kamu tidak mahu pulang lagi ke rumah, dia sudah jumpa haluan hidup baru.” Bersungguh Mariah bercakap. Ada urat-urat merah timbul di mata. Selendang lusuhnya diangkat ke bahu.
“Hendak kata aku main kayu tiga, tidak pernah. Selama ini aku dan Fauziah bahagia sahaja.” Saiful bingung. Segala keperluan lahiriah dan batiniah secukupnya dia sediakan. Walaupun bekerja sebagai Pembantu Am Rendah, hasil titik peluhnya jadi ‘santapan’ keluarga.

“Kami mahu hidup sendiri, biar padan muka kamu.” Mariah ketawa berdekah-dekah. Mula-mula Saiful hairan, lama-lama dia jadi berang. Kolam hatinya berkocak persoalan.

‘Apa kena dengan Mariah? Dirasuk hantukah? Kepala aku tengah berserabut, terus kusut dengan kerenahnya.’ Saiful menggaru-garu lagi kepala. Mukanya merah. Cuping telinganya merah. Matanya juga merah. Marah sungguh Saiful kepada Mariah.

“Baik kamu beritahu betul-betul apa yang berlaku!” Halaman rumah Saiful seperti bergegar. Mariah masih lagi membetul-betulkan selendang kuning cairnya. Beberapa kali dia berdehem dan berlagak selamba.

“Fauziah hendak ikut kami. Fauziah mahu bebas.” Penuh angkuh jawapan itu diberi. Saiful ternganga. Dia bercekak pinggang. Suram petang menegangkan suasana. Dua hari Fauziah tidak pulang ke rumah. Sudah puas dia mencari ke seluruh kampung tidak ketemu.

“Ikut kami? Siapa kami? Kamu jangan hendak meracuni fikiran dia pula dengan cerita karut-marut. Aku tidak pernah menduakan dia apatah lagi mahu menyakiti hatinya.” Nafas Saiful turun dan naik. Bahang marahnya meluap-luap. Pipinya terasa pijar.

“Aku tidak ada masa menghasut sesiapa, apatah lagi mereka cerita fitnah yang tidak munasabah. Tetapi memang Fauziah mahu ikut kami.” Dia berpaling membelakangi Saiful. Dia mahu pulang. Wajahnya penuh kepuasan.

“Kamu hendak ke mana Mariah? Urusan ini belum selesai. Di mana Fauziah? Baik kamu beritahu aku!” Saiful melaung sungguh-sungguh. Dia mahu Fauziah kembali. Dia tidak tahu apa kesalahannya. Mariah tersenyum sinis. Langkahnya terhenti.

“Lelaki boleh kahwin empat!” Mariah ketawa lagi. Saiful pula makin bingung. Tiba-tiba sahaja kenyataan sebegitu ditimbulkan.

‘Entah-entah Mariah beritahu aku kahwin lain kepada Fauziah.’ Pelbagai andaian mengaburi mindanya. Terasa hendak dicincang-cincang sahaja mulut Mariah.

“Apa yang kamu beritahu Fauziah hah?” Kakinya melangkah turun dari rumah. Terkocoh-kocoh dia mengejar Mariah yang sudah jauh di hadapan. Kewarasannya hampir hilang dek teramat geram. Dalam kelelahan, dia melihat Mariah sudah berada dalam perut teksi.

“ Ah!” Satu tumbukan dihayunkan ke udara. Renik peluh membasahi muka.
Dua

Celaru. Itulah gambaran sinonim penduduk Kampung Bahagia kini. Semakin ramai isteri orang lesap entah ke mana. Semalam isteri Mazuhairi tidak dapat dikesan. Baru sahaja pagi tadi, isteri Jamil pula menghilang. Hendak masuk tengah hari sahaja, isteri Zani sudah tidak nampak batang hidung lagi. Saiful pula ternanti-nanti Fauziah pulang ke sisi.

“Saiful, kita hanya mahu berdiam dirikah?” Mulut Jamil tidak henti-henti menghisap rokok. Kali ini sudah 5 batang gas-gas beracun buatan manusia itu disedutnya. Meja makan empat segi itu penuh. Warung Pak Hamdan terpaksa dibuka sampai pagi.

“Mariah datang rumah aku. Dia sebut tentang ‘kami’. Sertai ‘kami’. Aku tidak faham.” Kendur sahaja suara Saiful. Mazuhairi dan Jamil saling berpandangan.

“Mariah bekas isteri Yang Berhormatkah? Aku rasa mesti ada komplot hendak rosakkan kebahagiaan penduduk Kampung Bahagia sekarang. Maklumlah Kampung Bahagia ini memang penduduknya bahagia.” Jamil memecahkan buih-buih sunyi.

“Berilah pendapat yang bernas sedikit. Biar dapat selesaikan masalah. Ermm, tapi boleh jadi juga apa kata kamu itu Jamil.” Tangan Mazuhairi memegang dagu. Masing-masing mencerna apa yang terbit dari minda. Sesuatu perlu direncana untuk mengatasi masalah yang masing-masing sendiri tidak tahu puncanya apa. Ini kali pertama warga Kampung Bahagia berhadapan kecelaruan. Hampir separuh abad hidup harmoni, baru sekali ini dilanda ‘badai’ rumit solusi.

“Eh, kamu tidak mahu lapor pada poliskah?” Pak Hamdan mencelah tiba-tiba setelah agak lama memerhatikan gelagat pelanggannya. Tangannya ligat mengelap meja..

“Hish! Saya tidak fikir isteri-isteri kita semua dalam bahaya sebab Mariah ada sebut tentang ‘kami’. Aduh, pening saya Pak Hamdan.” Dahi Saiful berkerut. Dikepal kedua-dua tangannya.

“Apa lagi Mariah beritahu kamu?” Pak Hamdan mengangkat kening. Sejenak Saiful berfikir. Bibirnya dikepam.

“Kahwin empat, lelaki boleh kahwin empat!” Semua tercengang. Deria masing-masing dihidupkan serta-merta. Mungkin ini kunci pada permasalahan tersebut.

“Bila pula antara kita berkahwin empat?” Mazuhairi menyandar pada kerusi. Tangan disilang ke dada. Muka setiap orang makin banyak kerutnya.

“Lihat ke sana!” Sepantas kilat lelaki-lelaki itu berpaling. Kumpulan kecil manusia menuju ke arah gerai Pak Hamdan. Gembira tidak terkata, namun terselit amarah di jiwa. Belum sempat bertanya itu ini, si isteri memulakan bicara.

“Yah tidak mahu buat kerja-kerja rumah lagi. Yah tidak mahu tunggu abang Saiful sahaja di rumah.” Saiful mahu pengsan. Lidahnya kelu. Apa sudah jadi dengan dunia? Isteri sendiri cuba meruntuhkan mahligai bahagia.

“Saya pun sama. Saya tidak mahu dikongkong lagi.” Kali ini giliran Mazuhairi dan Jamil pula hampir rebah ke bumi.

“Baru kami sedar, kami dirugikan. Buang masa sahaja di rumah sepanjang hidup ini. Kami sudah jumpa haluan kami. Persatuan ini ajar kami banyak perkara.” Hati yang tadi menggelegak terasa digeletek pula. Mahu berpersatuan dijadikan isukah? Tidak masuk akal fikir mereka. Tawa terburai seketika.

“Oh, mahu berpersatuan ya? Persatuan orang perempuan selalu sertai ya? Bagus, bagus. Tidak jadi masalah. Tapi kenapa tinggalkan kami? Jangan buat begitu lagi ya?” Ada nada memujuk dari si suami, fikirnya halangan sukar sudah dilepasi.

“Persatuan Kakak Tersayang ini menyediakan komuniti bagi memperjuangkan hak kami.” Mariah muncul entah dari mana. Saiful, Mazuhairi, dan Jamil tergelak besar. Pak Hamdan diam sahaja.

“Kakak Tersayang? Wah, nama sahaja aku sudah tidak tahan untuk ketawa.” Riuh gelak lelaki-lelaki itu masih bersisa. Raut wajah isteri-isteri itu tegang sentiasa, tiada berubah. Pak Hamdan, imam Kampung Bahagia mula menapak selangkah.

“Jangan jadi pemusnah keharmonian. Hak apa kamu tuntut Mariah?” Suara Pak Hamdan sedikit keras. Jiwanya berderu angin kebimbangan.

“Tidak ada apa sangat, kalau dari sudut pembahagian harta pun, kami dapat satu per empat, adilkah? Dari sudut perkahwinan, hanya kaum Pak Hamdan dapat hak poligami. Betulkan itu semua pun sudah cukup.” Istighfar bergema, melantun-lantun dari bibir ke bibir. Malapetaka apakah ini? Masih wujud manusia sebegini dalam alam realiti? Saiful, Mazuhairi dan Jamil meraup muka. Tersekat nafas dek ‘kejutan’ yang dibawa.

“Kenapa mesti dibangkitkan perkara-perkara sebegini? Sepatutnya hal tersebut memang tidak perlu dipersoalkan dan dibahaskan kecuali suami kamu tidak pernah menjalankan tanggung jawab masing-masing.” Ekor mata Pak Hamdan menangkap wajah Saiful, Mazuhairi dan Jamil.

“Mahu jadi wira ya Mariah? Kenapa tidak masuk tentera sahaja? Tolong pasukan penyelamat negara melawan musuh-musuh nyata. Bukannya membantu musuh-musuh tersembunyi yang sekian lama berpaksi di dunia ini.” Pak Hamdan masih mengawal emosi. Mariah tersengih-sengih. Baginya ‘peperangan’ perlu dijelmakan. Habuannya bukan sedikit.

“Buka akal kamu semua, satu per empat harta pusaka kamu peroleh menjadi hak kamu sepenuhnya. Sedangkan kami menggunakan bahagian kami untuk bertanggungjawab ke atas diri kamu.” Mariah mengetap bibir. Wajah-wajah si isteri bertukar rona sedikit- seperti mengerti sesuatu. Pak Hamdan meneguk liur, lalu menyambung lagi.

“Kamu berani mempermainkan sunnah Nabi. Poligami memerlukan kami bersikap adil. Adil dalam semua perkara. Kamu mahu hak itu? Haru-biru jadinya. Berfikir guna rasional, bukan emosional. Apa akan terjadi pada zuriat kamu nanti?” Ahli-ahli Persatuan Kakak Tersayang dihempap gelisah. Mariah mencebik.

“Tapi ada kakak-kakak yang menyayangi kami dalam persatuan ini, kakak kesayangan kami. Mereka menolong kami seperti saudara sendiri…”

“Sehingga rela meninggalkan suami?” Saiful sekian lama menyepi, mula berekspresi bahasa haq. Pak Hamdan meramas-ramas bahu Saiful. Mariah bercekak pinggang dan mendengus kasar. Kalau terus begini, perancangan menambahkan ahli akan tergendala, habuannya perlu dimiliki. Habuan dari ‘kakak-kakak’ yang disayangi.

“Poligami merangkumi kemampuan memberikan nafkah zahir dan batin. Rincikan dalam-dalam, adakah tuntutan kamu munasabah?” Pertanyaan dihumban bertubi-tubi. Fauziah dan ahli-ahli persatuan lain menggigit bibir. Ada suara menerjah udara.

“Sudah, sudah. Dengar sini, lelaki hebat bermain kata-kata. Ayuh, kakak kesayangan kita menunggu, solat jumaat bersama-sama.” Jantung terasa longgar, mahu gugur dari jasad.

“Persatuan keparat apakah ini? Di mana kakak yang kamu banggakan itu?” Mazuhairi menyinga. Pak Hamdan mengurut-ngurut dada. Mariah menggeletar.

“Keutamaan solat jumaat itu sendiri diletakkan pada kaum kami, bagaimana kamu boleh pertikaikan, apatah lagi menjadi imam. Kamu mahu apa? Jangan pecah-belahkan kami di sini.” Pah Hamdan merenung tajam. Semangat Mariah menjulang. Beraninya menjadi-jadi.

“Sudah, sudah. Dengar sini, lelaki hebat bermain kata-kata. Ayuh, kakak kesayangan kita menunggu, solat jumaat bersama-sama.” Ahli-ahli Persatuan Kakak Tersayang membatu. Aura kebenaran mulai dirasakan. Tetapi bukan semua, masih ada segelintir yang keraskan jiwa.

“Hey Mariah, kamu lihat pokok itu!” Pak Hamdan mengunjukkan tangan kanannya pada sebatang pohon renek. Daunnya kekuningan, rerantingnya kering. Kerlingan Mariah menjengkelkan.

“Melakukan sesuatu pekerjaan tanpa bertunjangkan agama, samalah seperti menanam pokok yang akarnya sudah reput. Segalanya layu, tiada imbalan apapun. Lebih-lebih lagi redha Allah.” Hela Mariah tertahan. Ini bukan lagi relung gurauan yang boleh dipersendakan.

“Jangan sempitkan pandangan Mariah. Beritahu ketua kamu, segala pangkat atau kelulusan bukan lesen untuk mentafsir agama sesuka hati. Jangan ingat mahu perbodohkan orang kampung seperti kami.” Pak Hamdan mengangkat sedikit mukanya. Tunakan matanya menusuk tajam tampang ahli-ahli Persatuan Kakak Tersayang. Resah Mariah berganda-ganda memenuhi ruang jiwa. Lidahnya gersang kata-kata. Fikirnya, penduduk Kampung Bahagia senang dipengaruhi, tetapi sebaliknya terjadi. Perancangan melebarkan pengaruh persatuan itu ke bandar sudah pun terlaksana malah ramai wanita-wanita korporat yang menyokong perjuangan itu. Apatah lagi ‘kakak’ yang mengetuai Persatuan Kakak Tersayang merupakan tokoh yang disegani seantero dunia.

“Mariah, tidak malukah membantu manusia yang mahu memecah-belahkan kita?” Pucat lesi Mariah. Fauziah sudah menangis. Sedaya upaya Mariah mengawal diri. Dia sudah mulai takut.

“Jangan menangislah. Kau jangan jadi lemah begini. Bukankah kamu mahu perjuangkan hak kita seperti kakak-kakak lain?” Mariah mengoncang-goncang bahu Fauziah. Ditepis tangan Mariah.

“Sudah, sudah. Dengar sini, lelaki hebat bermain kata-kata. Ayuh, kakak kesayangan kita menunggu, solat jumaat bersama-sama.” Mariah takut kalah.. Mariah mahu cepat-cepat keluar dari Kampung Bahagia. Pak Hamdan masih tidak berputus asa. Ahli-ahli Persatuan Kakak Tersayang bergerak meninggalkan kawasan itu.

“Jalan ke syurga terbuka luas buat kamu jika solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami, kamu laksanakan penuh keikhlasan. Nabi sendiri bersabda begitu. Janji apa lagi seindah janji Ilahi?” Hadis itu kemas di lindapan ingatan Pak Hamdan. Tuturnya menggugah keyakinan ahli Persatuan Kakak Tersayang. Kesabaran Mariah melayang. Seorang demi seorang ahli meninggalkan Mariah keseorangan.

TAMAT

Monday, September 7, 2009

Erti Ramadhan

Mengepuk debu noda
meladeni makna terenap
tatkala atma dilapangkan
alam fana lerai jauh
hanya cinta ampuh, teguh!
merinci tubuh

Subuh merangkak lesu
masih jua hening itu
berbahasa dingin salju
melakar citra agung- bersatu

Derap Ramadhan menjauh
dekati gerbang noktah
masih jua keampunan belum erat
digenggam utuh walau
mercik barakah menyentuh

Ada cinta di dada langit
dalam rawak tepu berkat
menyambut lailatulqadar dan-
isi alam bangkit
mengecap rindu yang tidak sedikit
bila semilir malam mengulit
hamba Tuhan diserkup ralit.

Menggelintar di denai Ramadhan
menghirup puspa sakinah mengharum
berkuntum mengelopakkan pahala
terbaja dengan doa
digembur amal hamba yang
mencari- NYA.



Thoyba Mursyidah

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Datang wahai 'Kekasih'

Saya maklum ramai yang menanti, ramai yang menunggu dan Alhamdulillah kerinduan kita pada Ramadhan terlerai jua. Ahlan ya Ramadhan!! Sebak rasanya dapat mencium haruman Ramadhan, merasai manisnya ibadah, menikmati enaknya tarbiyah dalam bulan penuh keberkatan ini. Teman saya pernah membisikkan sesuatu di kolong ingatan, Ramadhan ini penamat kemandulan karyanya, insya Allah. Saya turut memendam impian yang sama.
Mudah-mudahan gelora sastera itu datang melanda..huhu

Ramadhan- waktu terbaik untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita dalam melakukan suruhanNya.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183.

Jelas ayat-ayat Allah menerangkan tentang kewajipan menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Namun, tetap juga segelintir manusia entah berhasutkan syaitan atau nafsu sendiri terus-menerus melakukan kemungkaran sepanjang Ramadhan. Benarlah, nafsu itu cukup payah ditundukkan. Di saat penciptaannya oleh Allah SWT, nafsu yang telah dilempar beberapa kali ke neraka, masih enggan mengakui keesaan Allah SWT. Masya Allah.

Semalam saya ke berlegar-legar sendirian bersama ‘kekasih tersayang’ PFF 7349 di sekitar Kadok ke Nilam Puri. Sengaja, meninjau-ninjau suasana menjelang waktu berbuka. Meriah! Gerai-gerai berderet sepanjang jalan. Melewati Akademi Pengajian Islam UM membuatkan saya tersenyum. Maknanya ALC dah makin hampir. ALC? Hehe, Arabic Language Centre. 5 bulan juga saya bertapa di situ usai SPM 2007. Mengenang kembali perjalanan kenangan membuatkan bauran perasaan menggegarkan atma. Aduhai, mana agaknya harus kusisipkan karya itu ya? (yang tahu tu diam je). Sayang, sepenuh jiwa raga saya curahkan untuk menyudahkannya. Ah! buat karya lain, habis cerita. Erm, segala yang terjadi, merusuh hati untuk refleksi diri. Wah! Aku tersekat lagi di taman kenangan. Ok, tutup kes!

Mungkin sahabat-sahabat sekelian sudah tahu dan lebih tahu tentang perkongsian saya ini. izinkan saya memanjangkan langkah ilmiah ini, insya Allah. Rasulullah SAW menekankan 4 amalan utama sepanjang bulan ini, antaranya melazimkan bacaan Thoyyibah (Lailahaillalah), beristighfar, memohon memasuki syurga (jannah), dan berlindung denganNya dari azab neraka (jahannam).
Sebetulnya amalan-amalan sebegini dilakukan sepanjang masa tidak kiralah pada bulan mana sekalipun. Tetapi, Ramadhan yang tepu barakah ini menjanjikan pahala yang berlipat ganda lebih-lebih lagi kita terlepas seketika dari cengkaman iblis dan syaitan yang tidak akan henti-henti merajai akal fikiran.

Lihatlah betapa 4 amalan ini dituntut sepanjang bulan Ramadhan melalui ayat ini :

Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.

Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar

Indahnya Ramadhan---pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka.

Ayuh! JANGAN LENGAH-LENGAH LAGI. MUNGKIN KITA TIDAK PUNYA PELUANG LAGI UNTUK BERTEMU RAMADHAN SETERUSNYA..

Wednesday, August 19, 2009

Fakir Berharap

Sekali lagi saya menyentuh perihal yang hampir sama.

Beberapa hari ini banyak yang saya tempuhi. Berada dalam iklim pelajar-pelajar yang masih ghairah mencari lapangan cinta untuk mengembangkan fikrah, menyebabkan saya memilih untuk berdiam diri dan memerhati.

Benar, saya mula merasai bahang cabarannya makin menggerunkan, sementelah 'junior' mula menapak masuk ke kampus ini, dan secara tidak langsung mereka melontarkan pandangan yang cukup ikhlas saya kira.

Mereka mempersoalkan mana arah tujuan wadah di sini, organisasi 'gergasi' bagi pelajar (JPP) dan sebagainya. Kelu, memang saya tertegun dengan persoalan sebegitu. Namun sejujurnya saya gembira, kerana manusia-manusia sebegini berada dalam IPGM. Terkenang kata-kata teman seperjuangan saya, "Perjuangan merubah mentaliti Guru pelatih baru bermula."

Alhamdulillah, mereka sudi mendengar penjelasan dan luahan dari pihak kami, yang masih cuba memaknakan erti pemikiran kritikal dalam diri. Saya tekankan sungguh-sungguh, dalam usia 17, 18 atau 19, itu bukan lagi satu alasan untuk menjauhi perkara-perkara yang dianggap berat seperti isu semasa dan kebejatan masalah yang melanda umat di serata mandala dunia.

Saya kira hari ini, hati saya sedikit demi sedikit mengelopakkan kelegaan. Serasa tapak perjuangan yang dirangka akan kukuh dengan kehadiran mereka. Ya, saya akui, saya masih fakir ilmu yang berharap, dan akan rebah tanpa pautan kasih dari Allah SWT.

Ada juga bauran sedih, muak, dan puas di jiwa. Segalanya bergulir. Aneh kan? Apabila saya reflek kembali, ya, saya juga dikelilingi manusia yang iri. Hancur hati saya apabila ada manusia yang punyai fikrah islam yang hebat, tepu ilmu agama di dada, miliki hormat dari muslimin dan muslimat, menuduh saya itu dan ini. Sehingga tahap mengeluarkan kenyataan, saya seorang fasik. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa manusia itu.

Alasannya, saya tidak tahu dan sampai kini saya masih tidak tahu. Tetapi, saya dapat meneka, dan saya sangat yakin tebakan saya itu berasas. Manusia dan cinta? Haha, cinta kah? Atau gelora perasaan yang tak terbendungkan? Lalu menghukum manusia lain sesuka hati. Kalian dapat menangkap maksud saya? Kalau tak, tidak mengapa. Ini bukan hal penting, tetapi sekadar seorang saya yang sedang melampiaskan kekesalan.

Seorang yang mahu bergelar muallim, muaddib, murabbi, masih mahu bergelut dengan dengan hal-hal yang sia-sia? Masya Allah, tanamkanlah sifat malu dalam diri kalian! Malu lah apada Allah SWT. Masih banyak lagi amanah yang terbengkalai. Saya terkenang kata-kata Cikgu Hj Azmi, "Hidup ini amanah, tanah ini amanah, persekitaran ini amanah.."

Jika diimbas kembali mula perjalanan kita di muka bumi, saat Allah SWT menawarkan amanah, hanya manusia yang berebut-rebut untuk memikulnya sedangkan para malaikat yang hanya tahu beribadah pun, tidak berani untuk menggalas amanah. Dan oleh sebab itu jugalah, punca ramai manusia yang terhumban ke neraka. Nau'zubillah.

Jadi tolonglah, saya mohon (dengan nada keras), saya pinta para daei sekelian, fokuskan perjuangan. Jangan terbabas di tengah jalan dengan mainan perasaan. Ya, saya juga kini turut berpesan pada diri, kerana masa hadapan masih jauh menanti. Jangan bimbang perihal jodoh atau pasangan hidup, Allah SWT menjanjikan yang terbaik untuk hambaNYA yang berserah diri padaNYA. Bukankah Allah SWT telah berjanji, " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya.."

Pelihara kehormatan diri, jangan sesekali membuatkan manusia lain, terutamanya non-muslim untuk memandang kita sebagai manusia yang bodoh! Tidak ada masalah sesekali kita melayani gundah perasaan yang berkocak dek penangan orang yang dicintai, tetapi apabila tiba tahap emosi mengatasi intelak, alur perjuangan akan terpesong dan saya khuatir akan kemurkaan dari Allah SWT melanda mandala hidup kita semua.

SUBHANALALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.

Semoga kita semua tetap tegar dengan perjuangan ini.

Sunday, August 2, 2009

Persinggahanku...KEPEZI 2009 satu ledakan semangat

Alhamdulillah, saya tiba di bumi Jertih pagi ini.
Semangat untuk memegang pena sedikit melonjak lantaran persinggahan singkat di diskusi karya anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Saya ke sana berbekalkan sebuah cerpen yang dihasilkan lewat Jun tahun ini. Tajuknya 'Kakak Tersayang' dan saya amat teruja untuk mendengar respon penulis-penulis lain, biarpun ada debar menggoncang jiwa.

1 Ogos 2009 saya dilanda resah. Jalan menuju ke DBP banyak ditutup seawal jam 8 pagi lagi. Renik peluh mulai banyak. Rasa hangat meruap-ruap menandakan kegelisahan, sehangat demonstrasi mansuhkan ISA saya kira. Saya lihat ramai pemuda pemudi berserban putih, berjubah dan sebagainya sedang memgang sepanduk dan bergerak beramai-ramai sepanjang jalan. Polis pula, mula menunjukkan belang. Jam 9 pagi dan saya masih terperangkap dalam kesesakan. Fikir, fikir dan fikir, bapa saudara saya turun dari kereta dan kami berjalan kaki ke DBP. Terima kasih Pak Cik Min!
Hari itu segalanya lancar di DBP. Bunga-bunga gembira dan bahagia memekar sungguh-sungguh dalam sukma. Seperti mimpi, penulis yang saya kagumi iaitu Prof Dr Mawar Shafei turut hadir untuk memberi bimbingan. Komentarnya tulus dan cukup mengesankan. Alhamdulillah, saya sangat-sangat mengkagumi beliau. Sebelum ini, Dr Mawar pernah mengulas cerpen saya di Dewan Siswa pada Mac 2009.

Di akhir pertemuan kami, Dr Mawar memanggil saya. " Thoyba, saya suka lihat awak. Awak mengingatkan saya tentang anak gadis yang nakal dan lincah serta keanak-anakan." Maka, perasanlah saya secara automatiknya. hehe


Dr Mawar Shafei
Banyak yang saya pelajari dari diskusi kali ini. Penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Tetapi dalam masa yang sama, imaginasi itu bukanlah sekadar imaginasi kosong semata tetapi ada agenda lain yang beriringan, iaitu mesej. Kita boleh sahaja mengangkat mana-mana tema berat dan konroversi untuk menyedarkan pembaca secara senyap dan berhikmah. Untuk itu, penulis perlu banyak bereksperimen dan belajar dengan alam.

Penulis, matlamatnya adalah karya disiarkan di media. Lebih-lebih lagi di media arus perdana. Saya sangat gembira kerana editor di ruangan sastera Mingguan Malaysia, KuSeman Ku Hussain hadir untuk bermesra dengan penulis-penulis seperti kami. Banyak yang dibincangkan termasuklah kualiti sesebuah karya. Beberapa kali beliau menegaskan bahawa karya yang bermutu makin sukar dicari dek lambakan karya yang bersifat picisan. Ini merupakan cabaran besar buat kami semua.


KuSeman KuHussain dan Auntie Dil
Para peserta pada diskusi kali ini tidak kurang hebatnya. Akhirnya saya berpeluang bertemu dengan penulis muda berbakat besar iaitu Rebecca Ilham, Hanis Salwah, Kak Juwairiah, Kak Zuraima dan ramai lagi. Mereka cukup ramah berkongsi ilmu dan pengalaman, sementelah saya paling muda, hehe.
Kak Juwairiah


Kak Hanis dan Kak Zuraima

Sedih tidak terkata untuk meninggalkan mereka. Bonda Zaharah kali ini banyak mengusik. Dalam usikannya, tepu azimat. Terima kasih Bonda kerana membawa anakanda sejauh ini dalam dunia tinta bermakna. Masih segar dalam jemala. "Nuraini, saya lebih suka nama asal awak. Untuk pengetahuan saudara semua, saya suka mencabar Nuraini kerana dia akan balik, baiki karya sungguh-sungguh, hantar dan disiarkan di media. Tapi takkanlah saya nak cabar selalu?" Itu mengundang tawa semua. Bonda, saya sayang Bonda. Bila agaknya boleh jumpa lagi?

Ayuh mulakan semula penjelajahan!!!



..........sepotong nama.......huu

Wednesday, July 29, 2009

Sekelip mata!!

Semalam, 29 Julai 2009 jam 5.45 petang, saya dengar riuh di aras bawah blok Pala.
Sekejap saya dengar 'tutup', 'kuarantin', 'cuti'.
Sekelip mata sahaja, kawan-kawan saya bergegas keluar, cari tiket!
H1N1 dah sampai sini rupanya. Saya, antara sedar tak sedar turut ke Singai Nibong untuk menukar tarikh ke Kuala Lumpur.
Tup tup! Pagi ini dah sampai Puduraya.
What's going on..?
(masih pening)

Sunday, July 26, 2009

Setelah kumemilih jalan ini

SUNGGUH. Saya berdiri di antara dua persimpangan. Pada mulanya saya hanya mahu diamkan sahaja – sementelah baru beberapa jurus di ruang ini, namun naluri saya mendesak, malah mengasak-asak jihat pemikiran yang makin lama makin dipasak rasa ingin tahu. Ingin saya berkisar tentang dunia seni dan perspektif diri, biarpun terkadang isu-isu sebegini makin malap dan hambar untuk tujuan berdiskusi.

Berjalan di tengah-tengah pekan Hamidiah membuatkan bauran jiwa tenggelam dalam hingar-bingar kesibukan manusia. Saya senang membibit hayat di bumi Salahuddin al Ayyubi ini. Penduduknya yang hampir 90 peratus muslim, cukup terkenal sebagai bangsa Arab yang paling sopan dan lemah lembut budi bahasanya. Saya tidak pernah merasa kekok untuk bermesra dengan masyarakat disini. Serasa menjejak tanah air sendiri pula.

Sejujurnya saya bermusafir dengan muatan harapan – mencari jawapan. Saya tidak mampu lagi menanggung duka, menyimpan berjuta persoalan. Entah mengapa pencarian saya tetap bersambung, biarpun ada sinar di hujung. Kerap kali saya meraba kolong hati, cuba mencari apa yang terpatri. Ketenangan sering menjauh dikala bersendiri. Menatap langit indah Syria pada waktu malam, cukup membuatkan alunan kalbu membisik rindu. Rindu pada Tuhan. Pada Rasulullah SAW. Pada pada ummi dan abah. Pada sahabat.... Sahabat.... Sahabatku.

Azfar al Ahmadi. Sahabat sejatiku. Engkau menebarkan debunga semangat tanpa rasa jemu pada insan kerdil ini. Sementelah insan-insan di sekelilingku mula menduga, apakah aku berada di laluan-Nya. Asbabnya cuma satu, kerana aku menajamkan pena, menurunkan apa yang terbuku pada lembar-lembar bisu. Mereka menuduh aku manusia yang sepi, tanpa cinta, tanpa visi. Masih terngiang-ngiang pada dinding atma ini, malahan dengungannya menggoncang tangkai hati

“ Menjadi penyair dan kamu memilih untuk lemas dalam ribut pasir.”
**********

“Ya anisah, al harir tabi’e!” Seorang penjual mengunjukkan sehelai kain sutera asli. Saya amat tertarik melihat warna merah yang cerlang itu.

“Bikamil mitr?” Penjual wanita berpurdah itu kelihatan gembira kerana saya berminat dengan barang jualannya.

“Bisalasin lairah.” Saya mengangguk-angguk lantas mengeluarkan beberapa keping not lairah. Malas hendak tawar-menawar. Sememangnya saya tidak ragu perihal keaslian dan mutu kain sutera Syria. Damsyik memang terkenal dengan industri sutera. Salah satu pelabuhan pentingnya seperti pelabuhan al-Lazikiyah sering sahaja sesak dengan kapal-kapal dagang dari seantero dunia. Melewati deretan bangunan yang kelihatan seperti kotak membuatkan saya terapung di dunia fantasi. Seolah-olah berada dalam filem Arab yang sering saya tonton di rumah.

Az, aku tahu engkau sentiasa mendukung aku. Walau ke juru dunia mana pun aku berkelana, engkau sentiasa mengisi jasad ini dengan aksara bermakna. Kali ini aku hampir rebah. Mulanya duniaku dibanjiri pujian yang tak terhitungkan. Aku akui ini khilafku, mudah benar dibelai bait-bait palsu. Tuhan masih sayangkan aku Az. Boleh sahaja aku tersadung ke lembah kibriyya seterusnya tersembam pada lantai ‘azamah. Terima kasih Tuhan!

Pasti engkau bingung untuk mencerna kata-kataku ini. Akan ku kupas intinya sampai ke pulur agar dapat engkau mengerti apa yang mendebur di pantai kalbu. Mulanya aku terasa diri ini paling tahu. Serba tahu. Segalanya dalam lingkungan pemikiranku. Pembacaanku meningkat dari hari ke hari dan segalanya kulakukan dengan tepu keyakinan diri. Aku mahu diri disanjung, dipuji, dihormati – kerana kekayaan ilmu yang kononnya tinggi. Jangan engkau membenciku Az, aku khilaf. Khilaf.

Ingatanku terpokah semula saat engkau menyapaku dalam sebuah seminar kerohanian yang kita hadiri dulu. Laju sahaja hadis itu terbersit dari mulutmu. ‘ Tiada masuk ke dalam syurga oleh seorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada membesarkan diri’ (1). Katamu lagi, perbuatan membesarkan diri itu adalah kelakuan yang tercela dan demikian juga sebaliknya iaitu merendah diri itu kelakuan yang dipuji syara’. Detik itu jua, engkau menadah tangan bersihmu dan satu persatu baris doa itu kau lantunkan ke dinding kalbuku, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari hembusan sombong.’ (2)

Kesedaran perlahan-lahan mampir, menerobos nubari. Ketika itu ruang seniku beku. Aku menulis demi mengharapkan puncak keuntungan, tanpa arah tujuan. Tersentuh jiwaku tatkala pesan Saiyiditina Aisyah menampar lembut dinding akhliah ; ‘Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang.’ Oh, hinanya diriku ini Az. Sememangnya itu yang aku kecap setelah helai demi helai tulisan bertali-arus aku hasilkan.

Ingin sahaja aku berhenti, meninggalkan terus pena yang sekian lama telah menjadi sebahagian dari desah nafas ini. Tapi engkau mendepakan halangan. Katamu aku akan melebarkan khilafku. Aku hanya perlu melorongkan kembali pada tuju yang satu. Itu sahaja. Aku masih terhimpit saat itu dan engkau tetap jua di sampingku, mengawasi tiap langkahku.

Gerakan dan liuk-lentuk badan yang gemalai oleh penari-penari Tarian Pedang itu membawa saya kembali ke dunia nyata. Sesekali darah berderau melihat pedang yang berkilauan itu dilibas laju mengikut irama lagu. Tarian pedang merupakan tarian tradisional Syria selain Tarian al- Samah yang menjadi kebanggan warga Syria. Tarian ini juga merupakan kebanggaan rakyat Syria dan merupakan salah satu khazanah warisan yang berharga.

Engkau masih ingat saat kita bermusyawarah dulu – ketika engkau masih bersamaku. Sering sahaja aku yang tewas oleh bicaramu yang padat dan kemas. Segalanya menyimpul padu membelah keegoanku. Aku sangat iri padamu Az. Detik aku cuba bangkit, engkau bilang adab muslimah itu bukan sedikit. Pengukurnya bukan cantik, tapi malu yang yang bukan setitik. Tetap jua itu khilafku Az. Benarlah, diriku ini masih tercari-cari. Mencari Yang Maha Mengetahui.

Entah apa puncanya, aku sendiri tidak mengerti. Teman seperjuanganku, si penyajak yang menunggu sang puteri, menghamparkan aku dengan bicara ini,

“ Ni, setelah kau selami nurani teratak seni, dan kau akan mengerti bahawa, memilih menjadi orang seni adalah memilih untuk menyepi dan menyendiri, janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Mulanya aku tidak bersetuju Az, aku anggap dia insan yang putus harapan, kecundang di tengah medan. Tapi saat waktu berpiuh laju tak terkejarkan, aku merasakan secebis pengertian. Dan sungguh! Sepi dan sunyi itu, sarat apungan ilmu dan visi.

Az, tetap jua manusia aneh itu menentangku. Kata mereka lagi, aku umpama layang-layang terputus talinya, robek kulitnya, dan menunggu masa mencium lantai bumi. Mereka mempersoalkan arah hayatku yang tidak jelas. Diriku, hatiku, imanku, hanya aku yang mengerti. Aku bukan manusia yang pekak dan tuli. Masih mengenal batasan yang haq dan batil. Lantas aku terkenang sepotong hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah, ‘Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan mencari-cari akan kesalahan mereka.’ Bukan aku tidak peka akan perihal habluminannas yang sering kau semaikan Az, namun sukma ini tak tertanggung lagi membenamkan kata-kata yang berbaur dusta dan khayalan semata – aku yakin engkau memahami.

Saban hari, pasti timbul provokasi antara saya dan manusia di sekeliling. Tak tertahan jiwa ini menahan tangis. Saya hapus air mata dengan bersendiri dan ditemani tunakan damai persih langit lazuardi yang tidak beberapa lama kemudian berubah kirmizi. Ingin saya meluahkan apa yang terbuku di kalbu, tapi pada siapa harus di tuju. Waktu itu, rohani saya teramat ngilu.

Azfar al Ahmadi, engkau ke sisi dengan cahaya murni yang terpancar dari sebuah ukhwah. Ukhwah antara kita. Serasa pedih atmaku kerana engkau tidak menyiram lukaku dengan pujukan dan usikan, tetapi rasa marah yang tak terjangkakan. Mulanya aku khali, makin lama aku mula memahami, ada rahsia yang tidak pernah aku sedari.

Rahsia Ilahi. Allah berfirman“ Wahai malaikat, turunkanlah musibah keatas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu.” (3) Terima kasih Az. Saat Allah menguji kita dengan dugaan di dunia, hakikatnya Dia merindui rintihan dan tangisan daripada hambaNya. Ya! Terima kasih Az, kehadiranmu membuatkanku sedar akan kerinduan hakiki yang sering membugar.

Masih lagi aku menyelak helaian warkahmu yang tersimpan rapi dalam laci usangku. Tulisan itu telah kabur dan disisinya kekuning-kuningan kerana sudah terperam begitu lama. Masih tetap aku membacanya, ‘ Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu lebih banyak menangis daripada ketawa.’ (4). Saya menarik nafas dalam, ada hawa sejuk mengalir mengairi jiwa yang walang. Terasa rohani dibelai kasih suci.

Mentari berdegap utuh memancarkan terik hangat dan serasa membakar kulit saya. Menikmati panorama Kota Damsyik dari aras 4 flat ini menyebabkan ingatan merekah lalu terbit rindu yang berbuah. Az, engkau selalu menyedarkan aku. Mustahil untuk menjadi seagung pengabdian Rabiatul Adawiyah yang menumpahkan segenap cinta dan rindu pada Ilahi. Katamu lagi, susurilah jalan kekasih Allah agar dapat aku menghirup haruman cinta sejati dan bukannya cinta yang bodoh malah bisu persis cinta yang dijulang oleh anak-anak muda kini. Kerap kali aku mendengar keluhanmu bergentayangan di langit ilusi, dan kerap kali juga gegendang telingaku dibelai mulus aksaramu.

‘Barangsiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan imannya.’ (5)

Antara seni dan mentaliti, amat sukar untuk digali resolusi. Begitu sukar untuk saya fahami situasi yang terjadi, jelasnya terpulang kepada reputasi. Segalanya kembali semula kepada nawaitu. Tetapkan niat. Hanya untuk menimba ilmu, melestarikan pemikiran, dan meningkatkan pengalaman, insya Allah, kita akan mencapai falah. Saya tidak membutakan kenyataan, ramai remaja yang hanyut, namun itu semua belum terlewat. Gerbang taubat dan rahmat, sentiasa terbuka sepanjang hayat.

‘Karya itu mengalir dari hati, berbisik dari kalbu.
Seni itu tiada mengganggu.
Malah, meruntuhkan tebing sendu.’

Bait itulah yang sering kau ulang Az. Kerana itu aku masih bertahan walaupun kini aku sendirian. Beberapa kali engkau berdehem sebelum melanjutkan tiap butir bicara mutiaramu. Waktu itu aku menadah segenap deria dengarku untukmu. Dalam sopan suaramu, aku meladeni erti seni itu berkait rapat dengan akhlak.

Akhlak asas kesempurnaan dan keindahan manusia. Terus, konsep seni itu berpaksikan rasa keinsafan, keimanan, dan diadun dalam cangkir ketaqwaan terhadap kebesaran dan keindahan Allah SWT. Sambungmu lagi, karya itu berbingkaikan kemuncak pengajaran akhlak dan akhirnya membawa manusia kepada nilai yang paling tinggi di sisi Allah SWT – taqwa.

Dan..

Azfar al Ahmadi, aku fikir, setelah pemergian seluruh ahli keluargaku dalam pusaran tsunami yang lalu, engkaulah yang akan menjadi pelangi dalam hidupku, engkaulah yang akan mewarnai jalur-jalur hayatku. Namun aku tahu, engkau tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Yang Maha Satu.

Saat matamu terkesip-kesip memandangku yang lenjun dengan titis-titis jernih di tubir mata, engkau masih mahu tersenyum. Namun tetap jua mitosis yang angkuh, merodok segenap sel tubuhmu. Az, akhirnya engkau pergi jua meninggalkan aku bersama semangat yang rapuh.

Tertegun aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia ; ‘ Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.’ Moga mekaran ukhwah kita berdua mengiringi setiap episod kejayaan yang dicita.

Aku berjanji Az, aku akan mencari tempat berteduh, dan biar apa pun yang mendatang, akan ku tegar menempuh arus kehidupan. Oh Tuhan, tuntunlah aku pada jalan yang telah Engkau tentukan.

“Allah humma innaka‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’fu ‘anni.. Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku.


TAMAT 1:14 pm 26 Oktober 2008

Glosari *
Ya anisah, al harir tabi’e : Wahai cik, kain sutera asli
Bikamil mitr : Berapa harga semeter
Bisalasin lairah : 30 lairah
Kibriyaa : takbur
‘Azamah : keadaan merasakan dirinya termulia – impak kibriyaa
Habluminannas : hubungan sesama manusia
Falah : kejayaan
(1) Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud
(2) Abu Daud dan Ibnu Majah
(3) Hadis Qudsi
(4) Bukhari dan Muslim
(5) Attirmizi dan Abu Daud

Friday, July 24, 2009

PPSMI not good for rural students

By CLARA CHOOI

THE issue on the teaching of Mathematics and Science in English (better known by its Malay acronym PPSMI) is indeed a sore topic amongst the teachers and students of rural schools.
To them, the matter is like trying to get a right-handed person to write with his left hand and then telling him to switch back to the right just when he was getting used to the change.

Although most are relieved that the Education Ministry had decided to reverse the teaching of Maths and Science back to Bahasa Malaysia, they are also upset that the PPSMI experiment had even been introduced in the first place.

During Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi’s visit to rural schools in the town of Lenggong, Perak, on Thursday, StarEducation had the occasion to interview several students and teachers and it was proven that it had been an uphill struggle for them since the policy was put in place in 2003.
One teacher who refused to be named said that in rural areas like Lenggong, exposure to the use of English language as the daily lingua franca was close to nil.
Dr Mohd Puad talking to SJK (T) Ladang Kota Lima pupils during his visit to Lenggong.
“Our students often converse to one another in the language that they are used to. English, to them, is just a subject they need to pass in the examinations.
“Unlike schoolchildren in the city, our students don’t often come into contact with the English-speaking community. Many are the children of farmers, estate workers or small-time businessmen who do not understand much English themselves.
“Bahasa Malaysia, on the other hand, is accepted as the common language between all the races so they are used to learning their subjects using it,” he said.
Hence when PPSMI was introduced in 2003, both students and teachers alike were left in a lurch, he said.
“The students were worried and so were we. Maths teacher Abdul Rahman Sidek (pic) of SMK Dato’ Ahmad, Lenggong,
said that despite the training course he had to undergo, it was still difficult for him to make the switch.

“I was trained to teach and learn the subject in Bahasa Malaysia. So were my students.

“Suddenly, I had to teach in English. If it was difficult for me, imagine how much harder it was for my students. At least I already understood the subject - they had to learn the subject and on top of that, learn the terms again in a different language,” he said.
He added that there were times when he needed to explain certain mathematical theories in greater detail but found himself stuck because his immediate reflex was to explain it in Bahasa Malaysia.

“Even their grades began to fall by at least 5% to 10% and they had to work harder than they used to.

“Sometimes when I am teaching them something new, I see blank faces staring back at me. Then one student would say, ‘Cikgu cakap apa, sebenarnya?’ (What are you saying, teacher?),” he said.

Abdul Rahman, however, does not oppose the idea of improving the quality of English language in schools.

“But this is not the way. We cannot blame our students for not performing well in Maths and Science when they are taught in English.

“It is not that they are bad in the language, but it is more because they were made to switch so suddenly,” he said.

Several students from the school agreed with their teacher’s opinion.
Fifteen-year-old Siti Basyira Farhana said that the switch had affected her grades tremendously.

“I scored 5As in my UPSR. When I was in Form One, however, I had to learn the two subjects in English, I only managed 2As.

“It was a great blow to me but I knew I had already tried my best,” she said.
Muhamad Afiq Mohd Azni, 14, said that although he managed well enough, he still preferred to learn Maths and Science in Bahasa Malaysia.

“I am aware that when I go to college later, I will probably have to learn my subjects in English.

“But for now, if given the choice, I find it easier to understand my subjects in Bahasa Malaysia. I am more used to it,” he said.

His Chinese and Indian schoolmates too agree that they would prefer to learn their subjects in either their mother tongues or Bahasa Malaysia.

M. Saraswathy, 14, and R. Mogilah, 15, said both their grades had dropped when they had to learn in English.

“I used to get about 70 out of a 100 for my Maths exams. When the switch was made, I began getting about 40 or 50 only,” said Saraswathy.
Form Two students Low Suet Yi and Low Suet Yee, both 14, said they would prefer learning the subjects in Chinese or Bahasa Malaysia because they didn’t understand English.
For Goh Kin Chye, headmistress of SJK (C) Yeong Hwa, Lenggong, introducing PPSMI was like jumping the gun.

“The main thing is, the standard of English must first be improved in schools.
She added that although SJK (C) Yeong Hwa was a vernacular school, her students’ grades in the English Language as a subject was not that bad.

“On average, they scored about 60%. It was not that fantastic but it was not that poor either.

“However, learning Maths and Science in English was not easy for them. Luckily, they were allowed to choose to learn the subjects in Chinese,” she said.
She agreed with the government’s decision to reverse the PPSMI policy, saying more needed to be done to improve the quality of the English Language in schools.

Friday, July 17, 2009

Hari Ukhwah

Ini kali pertama saya menyertai Hari Ukhwah di Kampus Pulau Pinang sebagai fasilitator. Memang kecut perut rasanya apabila diamanahkan sebagai co-naqibah. Alhamdulillah pengisian untuk kumpulan usrah sementara itu berjalan dengan baik. Saya dan rakan-rakan yang lain diamanahkan untuk menyentuh tentang memurnikan semula niat dan matlamat adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke sini. Selebihnya, kami tawakkal kepada Allah SWT.

Selesai sesi ta'aruf dan usrah, ikhwan dan akhwat solat asar berjamaah di Surau Al-Falah. Aktiviti seterusnya adalah obstacles. Semua fasilitator perlu berada di checkpoint masing. Saya ditugaskan di checkpoint SABAR iaitu di padang kampus. Ada 1 segitiga yang memiliki 4 bahagian. Dan setiap bahagian ditetapkan bilangan kaki. Jadi ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran adik-adik untuk melaluinya. Seronok juga melihat gelagat mereka! hehe

Ini saya selitkan gambar yang sempat dirakamkan.


*
Berbaju hijau adalah para fasilitator

Adik-adik kami






Sunday, July 12, 2009

Menjadi Parut Kekal - PPSMI

Akhirnya PPSMI dimansuhkan. 6 tahun warga pelajar menjadi 'spesimen' bagi menjayakan misi negara iaitu melebarkan penguasaan Bahasa Inggeris. Saya maklum, saya tidak berapa arif dalam isu yang melanda mandala jagat ini. Tetapi sebagai kumpulan akademik sulung yang menjadi taruhan, kesannya berpanjangan dan masih melekat di fikiran.

Saya imbas kembali pada 2002, saya tamat darjah 6. Waktu itu saya mula membayangkan angka yang berterabur bersama ayat-ayat penjajah. Bagaimana saya mahu menguasai Sains dan Matematik? Saya ketika itu amat lemah subjek Matematik.

2003, saya melangkah ke Tingkatan 1. Masalah, memang masalah bagi saya. Formula yang mudah tidak mampu saya kuasai. Mungkin kerana otak saya yang sedia ada tiada upaya atau bahasa yang diguna, wallahua'lam. Saya masih ingat teman-teman mengadu, tidak faham, tidak mengerti.

Subjek Sains pula, kami semua aplikasikan hafalan sepenuhnya- tanpa mengambil kira makna. Apa yang terlintas di fikiran, jika lupa frasa-frasa dan susunan perkataan Inggeris itu, kami akan gagal dalam peperiksaan. Sungguh, waktu itu saya dan teman-teman terus hafal, hafal dan hafal. Pemahaman kami, teramat lemah.

Hasilnya, keputusan PMR saya. Erm... sangat menyedihkan. 7A 1B. Saya B subjek Maatematik.

Standard peperiksaan menurun bukan? Cuba buka semula kertas peperiksaan PMR 2005 subjek Sains. Anda semua pasti terkejut dan tidak menyangka itu adalah soalan Sains Penilaian Menengah Rendah. PPSMI, sebenarnya merendahkan lagi taraf pendidikan orang Melayu, dan bukan sahaja pada pelajar kawasan pedalaman sahaja.

Selepas pemansuhan PPSMI, kawan saya sumpah seranah. Katanya, mana nak dibuang hasil 'eksperimen' yang gagal? yang kecundang? Ke mana? Ke mana? Saya sangat kesal. Kesedihan itu sentiasa ada. Benarlah, pihak yang bertanggungjawab suka mencari jalan mudah. Fikir mereka, sekelip mata sahaja mampu buat apa sahaja untuk menyelesaikan masalah, biarpun terpaksa mengorbankan orang lain.

Selebihnya, saya serahkan pada anda semua untuk menilai. Ini luahan dari saya, 'mangsa' pertama. Batch 2003......

Saturday, July 4, 2009

Muktamar Pertama Ikatan Kerohanian JPP Utara

Adakah kau lupa kita pernah berjaya.
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa.
Memayungi dua per tiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan.

Kalian pernah tatap bait-bait lirik ini? Kal pertama saya mendengar lagu ini di Kursus Kepimpinan JPP di Langkawi. Saya tidak ambil cakna pada mulanya. Kali kedua saya mendengarnya di Muktamar Pertama Ikatan Kerohanian JPP, terasa ada aura semangat menyusup dalam sukma.

Alhamdulillah. Muktamar pertama dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat halangan dari sudut masa. Hari ini, 4 Julai 2009 bersamaan 11 Rejab 1429, guru-guru pelatih membuktikan dakwah yang mereka bawa dan sebut-sebutkan itu bukannya main-main, tetapi amanah penting yang amat berat. 5 buah IPGM bersepakat membentuk Ikatan Kerohanian Zon Utara untuk melebarkan wadah yang lebih luas untuk menebarkan dakwah.

Saya boleh katakan minda saya gemar juga berfikiran negatif. Semasa saya mendengar khabar bahawa Biro Agama dan Kerohanian setiap IPGM ingin menubuhkan gerakan baru, saya tertanya-tanya sendiri.

" Apa guna nak buat persatuan lagi. Yang lain-lain pun masih kabur gerak kerjanya."

Namun hari ini, di Muktamar pertama yang diadakan di IPGM Kampus Darul Aman, Jitra ini benar-benar merubah persepsi saya yang kolot ini tentang makna tautan ukhwah yang membentuk mahabbah. Setiap wakil IPGM berkongsi idea dan penyelesaian untuk menangani cabaran-cabaran dalam lapangan dakwah.

Dakwah itu menyeru. Saya melihat dalam konteks sebagai guru pelatih, mad'u nya sangat ramai dan merupakan aset penting tamadun Islam masa hadapan. Memang mudah menyebut perkataan dakwah, tetapi melakukannya? Ah, saya, yang sedang menulis entri ini juga merasa terhiris dan terpukul apabila mengenangkan tahap keberanian dan kesanggupan kita.

Kepelbagaian pendekatan untuk menyebarkan dakwah sebenarnya perlu dititikberatkan agar manusia yang sudah mengenal tarbiah akan mula mengerti makna Islam, dan agar manusia yang tidak kenal dan merasa tarbiah, akan mula menghampiri Islam dengan lebih akrab. Ini berfungsi mengikut keadaan apabila kita merujuk kepada cara penyampaian dakwah itu sendiri.

Dai'e. Rasanya beberapa kali juga saya menulis entri tentang dae'i sehinggakan saya merasa malu kerana diri masih lagi banyak berhutang dengan Allah SWT. Kalian fikir bagaimana?

Islam sememangnya agama syumul yang tidak dapat dinafikan lagi keindahannya. Tetapi disebabkan para dae'i tidak menggunakan kebijaksanaan dalam menonjolkan dan menggilap keindahan Islam itu hingga menarik perhatian mad'u nya. Allah mengurniakan pada kita akal fikiran yang hebat. Manfaatkan ia untuk menggarap strategi baru bagi mengindahkan kembali laman perjuangan agar mad'u jatuh cinta untuk melawatinya.

Berbicara itu senang bukan? Hendak melaksanakan gerak kerja itu amat payah. Besarnya peranan istiqamah memang tidak dapat dinafikan. Bagi saya, Muktamar ini berjaya mengupas beberapa persoalan yang sering mengganggu fikiran pada dae'i di IPGM. Berbekalkan ayat 7 Surah Muhammad, insya Allah, kita akan lebih ikhlas berjuang di jalanNYA.

Saya pulang dengan jiwa yang lebih tenang. Oh ya, saya sengaja tidak selitkan gambar di sekitar muktamar. Entah mengapa, hati saya melarang keras. Saya sendiri pun jadi hairan. Kalian tahu kenapa? Saya pun tak tahu. Kalian mahu tahu juga? Tanyalah hati saya.

Saturday, June 27, 2009

Satira :::::: Menyembunyikan Kritikan Secara Berseloroh

Satira: Menyembunyikan Kritikan Secara Berseloroh
Komuniti: Literature 19/06/2009 00:23:55 AM 49 Views

Apakah anda berminat menghasilkan karya satira?
Untuk pengetahuan anda, ramai pelakon dan penulis komedi profesional, beranggapan bahawa satira adalah satu bentuk humor yg paling tinggi dan canggih. Ini kerana satira bukan sekadar gurauan kosong; ia adalah sebuah komentar terhadap isu semasa, suasana politik Berkurun2 lamanya, para penghumor berbakat telah menggunakan satira utk menyampaikan mesej terhadap sesuatu isu atau perkara yang tidak menyenangkan, dlm sesebuah masyarakat. Malah, satira yg ditulis-hasilkan dengan baik, telah terbukti menjadi begitu berpengaruh, sehingga mampu membuat banyak perubahan pembangunan masyarakat.

Ok, Apa itu Satira?

Satira adalah sejenis karya sastera atau satu bentuk seni lain yang menggabungkan antara kritik dan humor, dalam mencari perhatian terhadap sesuatu isu, masalah atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Satira digunakan utk menghighlightkan masalah ini, dgn harapan ia dapat dibaik-pulihkan dgn sewajarnya. Satira yang baik, bukan hanya menghiburkan, ia juga mengajak dengan penonton utk memikirkan tentang masalah/isu yang mungkin mereka langsung tak terfikirkan sebelumnya. Sekaligus memberikan semacam cetusan inspirasi kepada para penonton utk mencari perubahan yang boleh menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan lewat satira itu. Terdapat banyak jenis satira dan setiap satunya berbeza2. Begitupun, ia tetap mempunyai satu konsep sama.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menulis Satira

Kenal pasti apa yg ingin anda laksanakan; sama seperti menghasilkan karya2 kreatif lain, menghasilkan satira juga harus dgn satu mesej telah tertera dlm otak kita dulu. Dan, jika mahu melihat karya satira anda berjaya, anda harus mengenal-pasti dan memilih masalah/isu yg ingin anda ketengahkan dan bagaimana anda ingim melihat ia diperbaiki, sebelum mula berkarya. Biarpun, mungkin di sepanjang `perjalanan' menghasilkan karya sastera ini, idea akan berkembang dan berubah-ubah, tp, matlamat/perjuangan kenapa anda menghasilkan karya ini harus ditetapkan sebelum berkarya lagi.

Kenal pasti khalayak pembaca anda; Mengenal pasti siapa yang akan membaca karya satira anda, adalah sgt2 penting dlm menentukan kejayaan karya satira anda. Jelasnya, apa yang mungkin difikirkan lucu oleh seorang mantan pengarah pendidikan, tidak sama dengan apa yang dianggap lucu oleh sekmumpulan mahasiswa. Begitulah seterusnya. Apa yang dianggap lucu bagi seorang suami, tidak sama dengan apa yg dianggap lucu oleh seorang isteri. Ataupun, apa yang lucu bagi seorang ahli politik, tidak sama dgn apa yang dianggap lucu oleh seorang rakyat. Apa yg dianggap lucu oleh seorang pesakit, tidak sama dgn apa yg dianggap lucu oleh seorang doktor pakar. Begitulah seterusnya.

Anda perlu menghasilkan karya satira bersesuaian dengan perbezaan ini, utk mempastikan bahan anda berjaya. Bak kata orang, `"the customer is always right." Ini digunakan untuk penulisan satira juga. Satira anda hanya dianggap lucu dan berjaya, jika orang yang membacanya memikirkan ia sedemikian.

Mengenal pasti batasan/had; byk sekali masalah ini berlaku dlm dunia satira. Satira yg melangkaui batas, bukan hanya patut dianggap karya yg buruk, tp ia sebagai satu objek yg boleh merosakkan. Misalnya, satira yang mempersendakan agama atau pemimpin2 agama Islam dan sebagainya - yg mana boleh menyinggung-bangkitkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia. Jgn sekali2 melangkaui batas, semasa menghasilkan karya satera. Memang sukar utk membezakan antara satira yg baik dgn satira yg melampau - krn benang pemisah antaranya terlalu halus hingga bagaikan halimunan. Jika tidak yakin, lebih baik anda terus dgn karya kreatif yg konservatif saja dahulu - utk mengelakkan drpd melakukan sesuatu yg tidak sengaja dilangkaui.

Peringatan Penting Buat Penulis Satira

Seperti yg semua tahu, satira boleh digunakan sebagai alat yg sangat utk membawa perubahan. Satira yg dihasilkan dgn baik, boleh membawa perubahan yg positif dlm masyarakat - perubahan yg tidak boleh dilaksanakan melalui penggunaan senjata api ataupun keganasan. Begitupun, satira juga boleh membawa kesan negatif dan mencetuskan pelbagai perubahan yg merosakkan - malah, ada yg hingga kehilangan nyawa. Untuk itu, gunakanlah kebijaksanaan dan berhati2lah apabila anda ingin menggunakan satira sebagai bahan penulisan anda.

Sumber : Azmah Nordin

http://www.kapasitor.net/community/post/2838



Wednesday, June 24, 2009

Orientasi KPLI

Kali ini, saya hanya mahu kongsikan pengalaman bersama pelajar KPLI yang baru sahaja mendaftar di sini. JPP sememangnya organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan minggu orientasi mereka. ting tong..habis dah.


Saya dan Fida sebagai fasi kumpulan 3




Aik, bila Akh Zhaf muncul ni?



Ipe dengan penuh kaliber, kuang kuang.


Kumpulan 3 johan malam kebudayaan!

Wednesday, June 17, 2009

Kembara Malamku.

Malam ini saya bertemankan irama lagu puisi yang cukup memikat nubari. Lagu ini kerap kali saya ulang dengar. Melodinya saya gemari. Iramanya saya gemari. Liriknya saya gemari. Kalian pernah dengar lagu puisi istimewa nyanyian Kopratasa? Tajuknya Kekasih. Memang agak jiwang la saya malam ni. Tak apalah, sekali-sekala. Serasa ingin merehatkan minda seketika.

Saya suka menoleh ke belakang untuk mengimbas perjalanan lalu sambil merangka langkah mendatang. Secara peribadinya saya lihat matlamat saya makin banyak cabangnya. Seiring jua dengan bidang tugas dan tanggungjawab. Kalau dulu, ketika bersama tinta, saya akan melakarkan sajak dan puisi dan yang pasti lapangan cinta saya iaitu cerpen. Saya amat dan sangat berharap agar suatu hari nanti saya mampu menjadi cerpenis yang berjaya. Melalui cerpen, saya dapat meluahkan pandangan tentang apa yang berlaku di sekeliling tanpa mengguris perasaan orang lain.

Saya lihat cerpen merupakan satu saluran dakwah yang hebat. (karya kreatif sebetulnya). Apabila kita menjalinkan plot cerita dengan mesej yang ingin kita bawa, secara tidak langsung pembaca tidak akan merasa ‘terpaksa ’untuk menerima sesuatu pengajaran kerana pada masa yang sama, mereka sedang menikmati perjalanan cerita.

Ah! Gemersiknya alunan lagu ini. Mendamaikan hati.

Saya ambil contoh cerpen tulisan saya bertajuk Iman Izzati yang disiarkan pada Januari 2009 di Utusan Melayu. (Macam nak promote diri sendiri je, haha). Cerpen itu sebenarnya mengisahkan tentang kemelut dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar IPT untuk bergiat dalam aktiviti dakwah. Saya meletakkan watak Iman Izzati sebagai mahasiswi yang berkobar-kobar semangatnya untuk meneruskan kesinambungan tarbiah dan dalam masa yang sama diselitkan konflik dalaman seorang ‘aku’, iaitu sahabatnya. Pengakhiran cerita ini dikejutkan dengan pemergian Iman Izzati ke Palestin dan akhirnya dia syahid di sana. Saya turut menyisipkan elemen-elemen lain seperti penggunaan Bahasa Arab sebagai salah satu wasiat Hassan al Banna dan juga cinta suci hanya boleh ditemui dalam sebuah perkahwinan.

Erm, sesekali mengetis lembar memori, seronok juga ya. Alunan lagu beralih arah. Saya sedang mendengar lagu Dia Kekasih Allah dendangan Hijjaz pula.

Hari ini, detik ini, errmm, semester ini ada sedikit perbezaan bagi saya. Tapi apa yang jelasnya di sini, matlamat, bidang tugas dan tanggungjawab memang makin banyak cabangnya. (eh, bukan tadi dah cakap ke?) Bukan senang untuk menguruskan segala sesuatu dalam masa kita masih bergelar pelajar. Sebenarnya saya risaukan sesuatu saat ini. Saya bimbang jika diri ini rebah di tengah medan perjuangan. Yang ingin digempur itu bukan sembarangan. Tetapi melibatkan mentality dan pemikiran.

Saya tidak merungut dan saya memang tidak mahu merungut. Kadang kala saya bertanya pada diri sendiri, aku ini sudah matangkah? Matang? Apa yang kau tahu tentang matang? Huhu. Entahlah. Saya terkadang keliru apabila berbicara dengan diri sendiri perihal perjuangan yang saya gulati. Layakkah saya? Erm..

Saya beralih ke lagu KRU pula sekarang. Tajuknya, Sayang.
Ok, cut it out. Teruskan perjalanan ya Aini.. selamat malam!!

Monday, June 15, 2009

Rangkaian Feminisme Antarabangsa

1. WLUML (Women Living Under Muslim Laws)

Bagaimana gerakan Sister in Islam boleh berdiri megah dan menyebarkan ideologi mereka? Semestinya sokongan datang segenap penjuru. Antara organisasi yang mencetus semangat dan langkah SIS ialah WLUML, (Women Living Under Muslim Laws) . WLUML merupakan saluran sokongan antarabangsa yang menyumbangkan maklumat dan menawarkan bantuan kepada wanita yang berada dalam persekitaran undang-undang Islam.

Pengaruhnya telah berkembang melebihi 2 dekad dan meliputi sekitar 70 buah negara iaitu dari Afrika Selatan ke Uzbekistan, Senegal ke Indonesia, dan dari Brazil ke Perancis.Sejarah penubuhan WLUML bermula pada tahun 1984 apabila ada 3 kes melibatkan penafian hak wanita di beberapa buah negara Islam berlaku. 9 wanita dari Algeria, Sudan, Iran, Mauritius, Tanzania, Bangladesh dan Pakistan menubuhkan WLUML untuk mengumpul semangat dan usaha wanita tempatan agar tidak ditindas.Jika kita rincikan setiap misi dan matlamat WLUML, memang benar-benar mengikut laluan yang sama seperti SIS dan mereka ini saling bertautan.

Kita lihat sahaja pada program-program yang dijalankan, antaranya ialah

;1. A theme based Dossier, an occasional journal which provides information about the lives, struggles and strategies of women in various Muslim communities and countries

;2. A quarterly Newsheet on women, laws and society by Shirkat Gah, WLUML Asia Regional Coordination Office

;3. Occasional Papers - specific studies and materials which, for reasons of length or style, cannot be included in the Dossier series and

;4. Other publications on specific issues of concern such as family laws, women's movements, initiatives and strategies, etc.

SIS semakin berani meniru agenda-agenda gerakan feminis yang lain untuk digerakkan dalam Malaysia. ‘Kejayaan’ paling besar adalah MUSAWAH yang diadakan di Prince Hotel Kuala Lumpur di mana hak-hak wanita Islam kononnya diperjuangkan dengan idea-idea karut-marut mereka. Saya sangat yakin MLUML menumbuhkan banyak perancangan-perancangan SIS untuk masa hadapan.

SIS ingin turut sama menyokong segala usaha yang membawa ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan (al-musawah), keadilan (al-adala), kebebasan (al-huriyya), bermartabat (al-karama) dan kasih sayang antara insan (mu'asyarah bil'ruf) dalam negara demokrasi.

2. APLWD (Asia Pacific Forum on Women, Law and Development)

Gerakan feminis ini ditubuhkan hasil dialog antara wanita Asia Pasifik yang memiliki kerjaya sebagai peguam, saintis dan aktivis sosial pada Forum Dunia Wanita Ketiga pada tahun 1985 yang diadakan diNairobi, Kenya. Objektif APLWD adalah untuk menggunakan (memperalatkan) undang-undang untuk menegakkan hak-hak wanita dari segi keadilan, kuasa, kesamarataan dan pembangunan.

Gerakan feminis ini melebarkan langkah apabila mengadakan perjumpaan kedua hasil kesepakatan di Kenya. Perjumpaan yang berlangsung pada Disember 1986 dihadiri delegasi wanita serantau Asia di Tagaytay, Filipina untuk membincangkan isu-isu penindasan wanita dan mencari solusi untuk terus bekerjasama.

Hasilnya mengejutkan. Rangkaian ini ‘membiak’ ke Malaysia. Tapak APLWD diperkukuhkan di Malaysia apabila sekreteriatnya dibentuk di sini pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Kemudian pusat gerak kerja APLWD dipindahkan ke Chiangmai Thailand pada Oktober 1997.Selama lebih 20 tahun gerakan feminis ini beroperasi dan misinya yang telah dilaksanakan adalah

;-APWLD’s programs and activities are focused in promoting women’s rights human rights as an analytical and strategic framework of engaging with the legal system to empower women

.-APWLD has engaged primarily in policy advocacy, education, training and other activities to address issues and concerns of poor and marginalized women in the region. It has lobbied at regional and international levels for the implementation of government commitments in international conventions and the integration of gender issues at regional and international fora

.-APWLD has developed partnership with women’s groups, human rights groups and development NGOs in the Asia Pacific region to consolidate, expand and strengthen networks working on women, law and development.

3.. DAW (Divison for the Advancement of Women)

Antara gerakan feminis yang juga mempunyai konsep dan matlamat sama seperti SIS adalah DAW. Gerakan ini menyokong pemulihan status wanita di peringkat antarabangsa dalam mencapai tahap yang sama dengan apa yang dicapai oleh lelaki. Jika kita telusuri matlamat ini, jelas benar sealiran dengan SIS.Lihat sahaja bagaimana SIS berusaha mendapatkan hak menjadi imam solat jumaat dan kadi serta mentafsir Al- Furqan.

DAW menggunakan isu-isu seperti diskriminasi terhadap wanita, siling kaca, dan sebagainya untuk menggerakkan jentera mereka. Gerakan feminis ini berpusat di Amerika Syarikat dan semestinya di bantu oleh kerajaan Amerika sendiri. Secara tidak langsung, dakyah yang dibawa oleh DAW, sekurang-kurangnya mampu menembusi negara-negara Islam. Itu sebetulnya.

Di bawah adalah antara ‘tanggungjawab’ yang kononnya mereka uar-uarkan untuk menambat hati wanita Islam khususnya untuk meyertai mereka

.>To support formulation of policy, global standards and norms on gender equality and women’s empowerment at global level, including through analysis and research

;>To promote, support and monitor the implementation of international agreements on gender equality and empowerment of women, including the Beijing Platform for Action, at international and national levels

;>To support the implementation of the Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination against Women and its Optional Protocol

;>To promote the mainstreaming of gender perspectives across all sectors, both within and outside the United Nations system;



Nuraini Ruzi

Ketua Penyelidik
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)